14 September 2013

Tips Jimat Minyak

Tips jimat minyak yang admin selalu praktikkan. Kekadang tu tak semuanya admin ikut, tapi bila dah ada panduan ni, admin selalulah beringat terutama di tengah-tengah bulan bila duit dalam poket dah mula kering.

Di sini admin akan memberikan tips praktikal panduan secara ringkas dan padat untuk menjimatkan minyak petrol kenderaan anda dengan mudah dan berkesan.. ye ker..tak caya cer try dulu..   petuaseharian.blogspot.com


1. Bawa kereta dalam kelajuan yang sederhana tetapi konsisten
Tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan. Kelajuan 70 – 90 km sejam adalah speed yang bersesuaian. Pastikan anda mematuhi had laju dan pandu pada lorong yang sesuai. Semakin laju kereta, semakin banyak minyak digunakan. Memandu melebihi 90 kilometer sejam akan meningkatkan dengan ketara penggunaan minyak. Secara perbandingan, pada kelajuan 100 km/j, penggunaan minyak bertambah 10 peratus, 105 km/j bertambah 15 peratus dan 110 km/j bertambah sebanyak 25 peratus. Ia berbeza bagi setiap cc kenderaan anda, lagi tinggi cc kenderaan anda lagi banyak minyak dibakar. Pandu terlalu perlahan pula membebankan kenderaan dan gear yang menyebabkan enjin keletihan yang akhirnya enjin tu terpaksa menelan minyak yang banyak untuk menghilangkan dahaga.. betul ke teori aku tu..

2. Isi minyak sebelah malam, apabila cuaca sudah sejuk.
Dikatakan isi minyak pada waktu malam, kurang gas dalam petrol atau diesel. Kandungan gas dikatakan banyak pada waktu siang yang panas, anda boleh merasa perbezaannya, sebagai contoh; sekiranya anda perhatikan, jika isi minyak di waktu tengah hari petrol akan meruap dengan ketara dan seringkali anda dapat menghidu baunya. Oleh dengan itu, bagi mengurangkan kerugian minyak, anda perlu menjadikan amalan mengisi petrol di awal pagi, malam atau ketika cuaca sejuk.

3. Patuhi jadual penyelenggaraan kereta atau kenderaan anda.
Enjin yang diselenggara akan berfungsi dengan baik dan lebih berkesan. Ini kerana bahagian-bahagian enjin mendapat rawatan yang berkala setelah anda menggunakan khidmatnya untuk tempoh yang tertentu. Jangan malas nak periksa tahap palam pencucuh, tali kipas dan penapis udara (benda penting yang bersangkut paut dengan enjin). Sebaiknya 4 bulan sekali kenderaan anda tu perlu diselenggara.

4. Isi minyak anda secara perlahan-lahan
Biasanya kalau di stesen minyak, kita nak cepat dan kita tarik toggle pump minyak tu di tahap paling maksimum dengan andaian minyak akan masuk dengan lebih banyak dan cepat. Tetapi andaian anda tu salah, anda sepatutnya isi minyak secara perlahan-lahan supaya cecair petrol atau diesel tadi dapat masuk sepenuhnya ke dalam tangki dan mengurangkan fenomena wap petrol meruap bebas.

5. Isikan minyak sehingga tangki penuh.
Ramai yang tersilap benda ni. Ada yang mengatakan kenderaan akan menggunakan minyak yang banyak kerana beban dah jadi berat sebab minyak dah full tank. Tetapi anda silap, sebenarnya, minyak atau petrol cepat habis jika ruang tangki minyak anda banyak yang kosong. Benarnya tips ini tidak boleh disangkal lagi, petrol atau diesel sifatnya meruap. Semakin besar ruang semakin banyak petrol atau diesel meruap. Petrol yang meruap tidak dapat dibakar oleh enjin dan sudah tentunya ia merugikan anda. Jadi untuk itu disarankan untuk penuhkan semula tangki apabila tangki separuh kosong. Jangan tunggu sehingga meter pada tanda “E” baru nak diisi. Lagi satu bila anda isi minyak sikit-sikit , anda perlu sering ke stesen minyak, alangkah malangnya kalau rumah atau tempat kerja kita terletak jauh dari stesen minyak.. takke rugi juga tu.. hehehe

6. Gunakan bahan rawatan petrol untuk enjin anda
Sekarang dah banyak produk untuk rawatan enjin di jual di pasaran. Anda cuma perlu memilih produk yang bersesuaian dengan enjin kereta anda. Sebaiknya searchlah kat internet terlebih dahulu. Carilah produk yang ramai orang guna dan terbukti berkesan, jangan pula beli yang kat pasar malam ataupun pasar minggu tu. Itu biasanya tak melalui analisis yang sempurna, so tak boleh dipercayai sangat, takut-takut datangkan efek lain pada kenderaan anda pula nanti.

7. Angin tayar perlu sentiasa pada tahap tekanan yang disyorkan.
Tahap angin sebenarnya bergantung pada model kereta dan jenis tayar yang digunakan. Kalau boleh, dua minggu sekali periksa tekanan tayar. Penjagaan tayar yang baik juga memastikan cengkaman tayar di tahap yang baik dan pada yang sama memanjangkan jangka hayat tayar kita daripada haus dengan cepat disebabkan geseran antara tayar dan permukaan jalan yang tidak seimbang.

8. Kurangkan penggunaan air cond / penghawa dingin
Perjalanan pagi atau malam yang sejuk tidak memerlukan anda untuk menghidupkan penghawa dingin. Buka tingkap sedikit untuk pengudaraan berfungsi. Penggunaan aircond sebenarnya meningkatkan penggunaan minyak. Enjin menjadi lebih berat, kalau anda tak percaya cuba matikan air cond sewaktu kenderaan anda mendaki bukit, pasti anda akan rasa perbezaan yang ketara dari segi bunyi dan prestasi enjin kenderaan anda tu.

9. Jangan buka tingkap terlalu luas
Bila dah matikan aircond, janganlah pulak buka tingkap luas-luas. Kenderaan anda akan menjadi lebih berat sebab angin yang masuk kedalam kereta anda akan terperangkap. Jadi bukalah separuh dan satu atau dua tingkap saja untuk membolehkan pengudaraan berjalan dan bukannya semua tingkap.

10. Kurangkan beban
Barang-barang yang tidak perlu dalam kenderaan perlulah dikeluarkan. Semakin banyak beban semakin banyak tenaga dan minyak digunakan. Mengikut kajian, penambahan berat sebanyak 50 kilogram meningkatkan penggunaan minyak sebanyak dua peratus.

11. Matikan enjin kenderaan anda jika perlu
Jika kenderaan tidak bergerak terlalu lama, matikanlah enjin kenderaan anda, sebagai contoh; bila anda sedang menunggu seseorang. Elakkan menekan pedal minyak enjin ketika kenderaan tidak bergerak. Kalau anda ni seorang yang brutal, tiap kali berhenti kat trafik light, anda matikanlah enjin anda, mesti semua orang tengok anda sambil mengeleng-ngelengkan kepala. Hehehe.. kedekut tahi hidung masin budak ni.. bisik mereka dalam hati..

12. Gunakan gear yang sesuai mengikut situasi
Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan. Menggunakan gear rendah untuk kelajuan tinggi menyebabkan pembaziran minyak kerana enjin dipaksa bekerja lebih banyak. Begitu juga bila mendaki bukit, jangan gunakan gear tinggi sebab enjin anda takkan mampu mendakinya, gunakan gear rendah terlebih dulu. Ni juga boleh menyelamatkan gear anda dari cepat rosak. Jangan segan-segan nak gunakan mod ‘ekonomi’ jika kereta anda memilikinya.

13. Jangan brek mengejut
Jika anda sudah tahu di mana hendak berhenti, perlahankan kenderaan secara beransur-ansur. Elakkan brek secara mengejut kerana ini akan menyebabkan enjin anda terkejut dan sekali gus menyebabkan enjin anda cepat penat, yela nak start speed balik.

14. Rancang hala tuju perjalanan anda
Rancang perjalanan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas. Ini menjimatkan masa, wang dan mengelakkan tekanan. Anda juga boleh buat multi task kerja anda.. iaitu dengan memaksimumkan sebaik mungkin satu perjalanan dengan pelbagai kerja. Misalnya balik kerja dari pejabat, anda boleh singgah beli barang rumah kat mana-mana kedai berdekatan. So hujung minggu dah tak perlu lagi nak keluar, minyak pun save…



Gotomelaka.blogspot.com


Petua Seharian@ Petuaseharian.blogspot.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Macam-macam ada :