04 January 2014

Cara Simpan Kereta Dalam Tempoh Lama

Tips Meninggalkan Kereta Dalam Masa Yang Lama

Bagi sebahagian orang kereta bukan sekadar alat pengangkutan, tetapi sebagai koleksi yang sangat disayangi. Malah bagi mereka yang sering berurusan diluar negara, pastinya mereka terpaksa meninggalkan kenderaan dalam tempoh waktu yang lama di garaj.

Jika kenderaan ditinggalkan tanpa dihidupkan dalam tempoh yang lama ia boleh menjejaskan prestasi kenderaan atau sukar dihidupkan.

Ada beberapa teknik untuk menyimpan kereta dalam jangka waktu yang lama sama ada dalam masa enam bulan hinggalah bertahun-tahun lamanya tanpa mengurangkan prestasinya.

Jika anda berhadapan situasi demikian, letakkan kenderaan di garaj yang kering dan dingin. Selain itu ikuti beberapa langkah yang harus dilakukan :- petuaseharian.blogspot.com


Langkah 1
Cabut kabel bateri kenderaan. Ia untuk mematikan arus bateri kenderaan, jika ditinggalkan terlalu lama bateri kenderaan boleh menjadi lemah.


Langkah 2
Isi penuh tangki bahan bakar jika anda menyimpan kenderaan lebih dari satu tahun, Ia bertujuan mengatasi masalah wap, kerosakan disebabkan air dan pembentukan karat. Sebelum anda menyimpan kenderaan, gantikan minyak enjin dan penapisnya.


Langkah 3
Titiskan minyak enjin baru ke silinder untuk memberi lapisan perlindungan kepada silinder berkenaan. Anda juga perlu mengeringkan semua sistem pendingin untuk mengelakkan karat berlaku pada bahagian itu. Ia juga untuk mencegah masaalah akibat cairan penyejuk ataupun hubungan dengan aluminium.

Jangan sesekali mengeringkan penyejuk radiotor. Jika usia penyejuk sudah satu setengah tahun, gantikan dengan yang baru.


Langkah 4
Isi penuh minyak brek. Tukar jika ia melebihi dua tahun. Minyak yang sudah lama akan merosakkan komponen logam.


Langkah 5
Untuk mengelakkan kerosakan pada penyerap hentak kenderaan, tual keempat-empat rodanya untuk merehatkan tayar, bearing dan komponen penyerap hentak yang lain.


Langkah 6
Selimutkan kereta anda dengan kain, jangan lupa membuka sedikit cermin tingkap untuk memberikan ruang udara keluar masuk.




Petua Seharian @ Petuaseharian.blogspot.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Macam-macam ada :