Showing posts with label PETUA CINTA. Show all posts
Showing posts with label PETUA CINTA. Show all posts

01 February 2015

Cara Berdamai

Berdamai, bagaimana caranya?


Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Ingat tak lirik lagu siapa ni? Sapa yang tak ingat akan lagu nyanyian Allahyarham Tan Sri P.Ramlee ni kan? Ayat ini sering dikaitkan dengan kehidupan alam rumahtangga .

Biasalah kan..dalam hubungan suami isteri pergeseran, pergaduhan atau pertengkaran sering berlaku. Setelah bergaduh mestilah nak berdamai. Kalau boleh semua pasangan mahu supaya pergaduhan itu adalah yang terakhir. mereka ingin perdamaian yang kekal. Tapi biasanya apa yang berlaku ialah disebaliknya. Perdamaian hanyalah bersifat sementara. Hari ni berdamai, esok lusa gaduh lagi.

Bengang tak?

Jadi disini, ada sedikit tips atau teknik terbaik untuk berdamai. Cubalah realisasikannya. Pasti bab masam-masam muka, merajuk untuk beberapa hari dapat dikurangkan. Nak lenyap tak boleh pulak nanti takde masam manis, pahit masin pulak..hehe.   - petuaseharian.blogspot.com


1. Jangan merajuk

Ramai isteri menggunakan strategi merajuk untuk menang dan paksa suami mengalah. Silap sikit je..merajuk, salah sikit merajuk. Bila merajuk tu jangan ler berlebihan..sebenarnya merajuk ni tak dapat menyelesaikan masalah, malah akan memburukkan lagi keadaan.

Walaupun merajuk dapat mendorong suami mengalah untuk berdamai tetapi strategi sebegini tidak membawa kedamaian kekal. Malah perbuatan merajuk ini sangat merbahaya. Sebabnya..ia akan menyukarkan usaha untuk berdamai semula. semakin kuat isteri merajuk suami akan terus buat derk je..sebab orang lelaki kan ada ego dia, dia tahu dia sedang dihukum oleh isterinya dengan cara merajuk. Jadi dia rasa terhukum dan apabila rasa macam tu lagi ler dia tak nak berdamai. Di pihak isteri pula tidak mahu berdamai selagi dia belum menang. Hehehe ada ke isteri dan suami yang macam tu? Hmm tentu ramai yang macam tu. pantang silap sikit, buat muka, suami pujuk, tak endah beberapa kali pujuk masih tak nak berdamai suami akan terus buat derk.baru padan muka. Hehehehehehe.

2. Jangan menghukum

Pergaduhan, pertengkaran dan konflik antara suami isteri akan meninggalkan kesan buruk kepada hati dan perasaan kedua belah pihak. Bila dah bergaduh tu, masing-masing cenderung mahu menghukum satu sama lain. Sebab apa? Kerana hendak memuaskan hati yang sakit atas kata-kata berbisa dan perbuatan salah suami atau isteri.

Lelaki dan wanita ni, dia ada cara tersendiri apabila menghukum pasangan. Lelaki cenderung untuk menarik diri di mana mereka tidak mahu lagi bercakap-cakap dengan isteri, melainkan terpaksa. (Jual mahal lah tu )

Wanita pula cenderung untuk merajuk, menekan, menarik muka masam, menyindir, tidak mahu senyum dan tidak mahu melayan suami. Hukuman sebegini tidak mungkin akan menyelesaikan sebarang masalah.

Hukuman tidak akan menolong proses berdamai. Malah ianya hanya mempercepatkan proses kerosakan hubungan. Walau apa bentuk hukuman sekalipun, samada kecil atau besar, hukuman itu hanyalah menyukarkan proses untuk berdamai.

Jadi, kalau benar masih ada niat nak berdamai, jangan menghukum.

3. Jangan berdusta

Jika pasangan kita, tak kiralah suami isteri, kawan rapat atau tunang kita yang telah menunjukkan sikap mahu berdamai dan kita pun nak berdamai juga, jangan berdusta.

Jangan pura-pura jual mahal atau tarik harga. Jangan berpura-pura tidak sudi atau benci. Tinggi risikonya. Dia mungkin menyangka kita betul-betul tak sudi dan tak mahu berdamai. Akibatnya dia mungkin terdorong bersedia untuk melupakan usaha nak berdamai.

4. Jangan mencari salah

Kalau nak berdamai, hentikan tabiat suka mencari silap orang. Mencari kesalahan ini termasuklah perbuatan mencari kelemahan-kelemahan dan kekurangan diri orang itu dan menuduhnya salah atau silap. Ia juga termasuk perbuatan berleter, menegur, mengkritik dan menasihati orang itu. Cari salah atau silap orang lain tak mungkin bawa penyelesaian. Hah suami isteri lagi ler tak boleh amalkan sikap sebegini.

5. Berhentikan bahasa negatif

Ada dua jenis bahasa negatif yang biasa digunakan apabila bergaduh iaitu bahasa tuduhan dan bahasa celaan. Jika nak berdamai, jangan gunakan bahasa negatif seperti dibawah ini:_

~ Ini semua kerana sikap awak yang tak betul tu. ( tuduhan )

~ Kenapa awak tak mahu dengar nasihat saya ? ( tuduhan )

~ Awak langsung tak guna. ( celaan )

~ Abang ni, sekolah saja tinggi, tapi otak bodoh juga . ( celaan )

Jika nak berdamai, tukar bahasa negatif kepada bahasa positif sebab bahasa positif sangat baik kesannya kepada hubungan cinta suami isteri. Contoh bahasa positif ialah bahasa pengiktirafan, penghargaan, pujian dan sanjungan. Gunakan bahasa ini dengan murah dan lumayan.

6. Bercakaplah tentang hari ini dan esok

Bila dah berdamai tu, jangan buka cerita lama. jangan pandang ke belakang ( JANGAN PANDANG BELAKANG seram..serammmmmm ) dan jangan mengungkit perkara2 yang menyebabkan konflik itu. Jadikan setiap pergaduhan itu sebagai pengalaman dan pengajaran untuk kita tidak mengulangi perkara yang sama.

7. Senyum semula

Di dalam sebuah kajian, antara perkara yang banyak disebut oleh lelaki terhadap bekas-bekas isteri mereka ialah bahawa isteri mereka tidak senyum lagi. Jadi, senyumlah, walaupun susah, kerana senyuman adalah cara yang mujarab untuk berdamai semula.

Diharap tips ini dapat digunapakai dan diamalkan.



Petuaseharian.blogsapot.com

01 March 2012

Orang Yang Mencintai Kamu


1] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

2] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

4] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’, 'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’,‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. Dan saat itu, matanya pasti berkaca, kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya, kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, jauh dihati?’

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan
minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah
mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20] Kalau kamu melihat handphonenya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.


* Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut… kamu akan menyesal melakukannya! 

01 February 2012

Cara nak kekal dalam bercinta


Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca!
Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya..!!


PERTAMA.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua. 

KEDUA.
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KETIGA.
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu

KEEMPAT.
Percayailah cinta pandang pertama. 

KELIMA
Apabila kamu berkata, ‘Aku Cinta Padamu’, maka tunaikanlah.

KEENAM.
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

KETUJUH..
Pabila mengatakan, ‘Maaf’, tenunglah matanya. 

KELAPAN.
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

KESEMBILAN.
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KESEPULUH.
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KESEBELAS.
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

KEDUABELAS.
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KETIGABELAS.
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya, 'Kenapa anda ingin tahu?'

KEEMPATBELAS.
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

KELIMABELAS.
Ucaplah ‘Semoga anda diberkati’ apabila mendengar seseorang bersin.

KEENAMBELAS.
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

KETUJUHBELAS.
Berpeganglah kepada tiga R:
1. Rasa hormat pada diri sendiri;
2. Rasa hormat kepada orang lain;
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

KELAPANBELAS.
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

KESEMBILANBELAS.
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

KEDUAPULUH.
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

KEDUAPULUH SATU
Ada ketikanya anda perlu bersendirian.

21 October 2011

Tips Memikat Wanita Idaman


Mengenali seseorang adalah detik terindah dalam kehidupan manusia. Baik lelaki mahupun wanita, sifat ingin mengenali seterusnya menjalin hubungan yang serius adalah lumrah bagi semua orang. Asal namanya membabitkan ‘hati dan perasaan’, semuanya adalah sama.
 Namun adakalanya sebelum mengenali seseorang anda perlu tahu bila masa yang sesuai untuk mengenalinya. Malam? Siang? Pagi @ Petang? Kadangkala kita hanya memikirkan waktu senggang kita sahaja tanpa bertanya adakah orang yang ingin kita hubungi itu juga berada dalam keadaan senggang? Kadangkala, ia meletakkan kita berada dalam situasi serba salah. Tidak dihubungi, hati kita memberontak ingin mendengar suaranya. Bila dihubungi, takut kita menganggu dirinya yang sedang bekerja!.
 Jadi percaturan bagaimana harus anda letakkan sebelum anda menghubunginya seterusnya menjalin hubungan yang lebih serius.

1. Cari masa yang sesuai.
Kadangkala, secara tidak sengaja adalah 'saat yang paling indah dalam kehidupan manusia’. Ini adalah kerana adakalanya ketidaksengajaan itu adalah masa yang paling sesuai. Mengapa ia dikatakan begitu? ada ketikanya kita takut untuk menelefon seseorang kerana bimbang dia sedang sibuk atau sebagainya. Tanpa diduga, di pihak dirinya, dia sebenarnya sedang menunggu kita. Kalau masa yang kita telefon itu tepat, maka perbualan akan menjadi semakin rancak dan lebih menarik. Malah lebih banyak peribadinya akan dikenali. Tetapi harus diingat, pagi-pagi hari adalah waktu yang paling sibuk bagi kebanyakan mereka yang bekerja. Ia adalah permulaan waktu bekerja. Masa senggangnya boleh jadi memasuki waktu makan tengah hari. Paling baik, pada waktu malam kerana semua beban kerja sudah tiada.

2. Jangan buang masa.
Ada masa, kita agak sukar untuk memulakan sesuatu perkenalan. Pelbagai perasaan melingkari di kepala. Adakah dia berminat untuk meneruskan perkenalan, sudahkah dia berpunya, dan pelbagai pertanyaan lagi. Sebenarnya lagi lambat anda memulakan langkah perkenalan, anda semakin rugi. Ini kerana  “kesungguhan” antara faktor serta daya penarik di mana mereka beranggapan bahawa anda benar-benar serius ingin menjalin satu hubungan baru dengan dirinya.

3. Lebih berkeyakinan.
Belum try belum tau!!.. Malah “makanan” tidak akan masuk ke dalam mulut, kalau kita tidak menyuapnya. Ini samalah dengan usaha. Kalau tanpanya, kita mungkin akan terus ketinggalan dan akhirnya orang yang kita minat itu akan diambil orang. 
Sebaiknya tingkatkan keyakinan diri kerana hanya orang yang berani sahaja akan berjaya mencapainya. Percayalah, dalam apa langkah sekalipun, keyakinan amat penting kerana ia adalah “pertahanan” terakhir dalam diri anda.

4. Anda perlu tahu apa yang anda lakukan.
Hal ini sangat penting. Ada orang ingin mengenali seseorang hanya sekadar untuk suka-suka sahaja. Ada orang pula, ingin mencari jodoh dan mengharapnya berakhir di jinjang pelamin.
Justeru itu, sebagai lelaki anda perlu tahu apa yang anda lakukan. Apa kehendak anda dan bagaimana ia harus diakhiri. Ada orang ingin berkenalan, sekadar ingin menambah koleksi “kekasih” atau bilangan teman wanita. Ada orang pula, hanya sekadar suka-suka. 
Sebagai lelaki, fokus kepada apa kehendak anda. Jangan hanya dicabar oleh kawan, maka anda berusaha memikat hati si wanita dan bila sudah dapat, anda ingin meninggalkannya. Ia nyata satu perbuatan yang tidak baik dan hanya menghancurkan hati serta perasaan orang lain sahaja.

5. Teruskan persahabatan.
Sekali anda melangkah ke alam perkenalan atau persahabatan, teruskanlah ia sehingga ada sesuatu yang menghalang. Ingat, jangan sesekali berpatah balik hanya kerana ada perkara yang remeh. 
Ini hanya akan membuang masa anda dan juga dirinya. Malah ia juga tidak baik tentang soal hati. Apa pun, carilah masa yang paling sesuai untuk mengenali seseorang kerana bukan semua dapat menerima keadaan dengan sebegitu mudah


petuaseharian.blogspot.com

05 June 2011

Rahsia Wanita

15 Rahsia Wanita Yang Anda Perlu Tahu..!


1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya. 


2. Bila dia tidak menghiraukan anda selepas anda menyakiti hatinya, lebih baik anda beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum anda menegur dengan ucapan maaf. 


3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan). 


4. Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain. 


5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!! 


6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tahu macam mana nak menerima pujian. 


7. Jika anda tidak suka dengan gadis yang sukakan anda separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang anda tak akan tahu kerana bila dia dah buat keputusan dia akan lakukan apa saja. 


8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri dari anda selepas anda tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya anda masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan. 


9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka. 


10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna. 


11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita. 


12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluhminit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut. 


13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan. 


14. Jika kamu menyukai seorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam. 


15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali anda ajak berjumpa, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat dengan anda.


Sikap 8G Lelaki Yang Tidak Disukai Wanita



1. Garang 

Garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap kasar, suka marah2 tak bertempat, silap sikit tak boleh… macam ler dia betul semua, dsb.
Lelaki perlu menginsafi diri bahawa wanita bukan alat untuk melepaskan kemarahan atau perasaan geram, sebaliknya dihargai dan dilayan dengan lemah-lembut. 



2. Ganas 

Kaki pukul, dengan perempuan pun nak tunjuk kuat sebab tahu perempuan bukan lawannya.
Lelaki bersikap ganas memang perkara utama yg dijauhi wanita sebab tak mahu mata biru atau badan lebam-lebam bila dah kahwin. Tidak kasihankah lelaki pada wanita yang lemah? Wanita bukan lawan lelaki sebaliknya lelakilah yang patut melindungi wanita. 



3. Gementar 

Takut sangat, tak yakin diri sendiri, tak percaya kebolehan diri, bergantung pada orang lain, dsb.
Contohnya, depan perempuan, lidah kelu sampai ayat yg dilafankan pun tak jelas isi butir. Lelaki perlu mengatasi rasa gementar. 



4. Gabrah 

Tak pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat perempuan je..!
Perempuan tak suka lelaki yang tiada keyakinan diri atau cepat panik menghadapi sesuatu perkara. 



5. Gentleman tiada 

Langsung tak gentle, pentingkan diri sendiri, ambik kesempatan, dsd.
Kalau masa bercinta tak gentleman, inikan pula kalau dah kahwin nanti. Lelaki perlulah menghormati wanita selayaknya. Sudah pasti wanita itu juga akan menghormati lelaki dengan perasaan hormat lagi. 



6. Gerumal 

Bahasa Kedah -bohong atau tipu. 
Suka tipu perempuan untuk kepentingan diri sendiri. Sekali dua boleh maaf, tapi ni berkali2. Lelaki tidak boleh menggunakan alasan bohong sunat utk melepaskan diri sebaliknya belajarlah untuk menjadi jujur dan bercakap benar dengan wanita. Bukankah berani kerana benar, takut kerana salah? Jika asyik membohongi wanita, sudah pasti kepercayaannnya kepada anda akan musnah. 



7. Ganggo 

Keterlaluan- lembut sangat, pemalu sangat, pendiam sangat, macho sangat, dll.
Perempuan pun naik lemas jika lelaki bersikap keterlaluan dalam sesuatu hal. Cubalah bersikap sederhana dan mengimbangi karektor diri anda dengan baik. 



8. Gatal 

Miang keladi dengan perempuan lain selain dengan isteri.
Tak boleh tengok perempuan dahi licin atau anak dara, mulalah pasang niat nak mengorat. Anda perlu ingat, kadangkala perempuan berpura2 melayan anda kerana ada udang sebalik batu. Mungkin dia materialistik dan cintakan duit anda sahaja. Fahamilah perasaan isteri atau pasangan anda yang mencintai anda sepenuh hati! Bukankah lebih baik menggoda isteri sah anda daripada menggoda perempuan lain yang bukan hak anda.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...