Showing posts with label PETUA IKAN. Show all posts
Showing posts with label PETUA IKAN. Show all posts

20 May 2011

Cara Simpan Ikan Tanpa Peti Sejuk

Kalau tiada peti sejuk atau kemungkinan bekalan elektrik di rumah anda terputus, ada cara untuk mengelakkan ikan menjadi busuk sekurang-kurangnya untuk tempoh sehari. 

Caranya dengan menggaulkan ikan itu dengan nasi sejuk dan sedikit garam. Pada keesokannya basuhlah ikan itu dan masak seperti biasa.

Cara Hilangkan Hanyir Ikan Darat

Untuk menghilangkan hanyir ikan darat (sungai) sebenarnya agak sukar berbanding ikan laut.
-Cara berkesan untuk mencucinya ialah dengan mengambil beberapa helai daun serai dan sedikit asam jawa.
Ramas keduanya dan gaul bersama ikan. Perapkan beberapa minit kemudian bilas dengan air bersih.
Pasti ikan tidak hanyir lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...