Showing posts with label PETUA RAMBUT. Show all posts
Showing posts with label PETUA RAMBUT. Show all posts
24 April 2012
Cara Luruskan Rambut Kerinting
Rambut kerinting mudah kusut dan kurang menarik. Untuk cuba meluruskan rambut cubalah petua ini :
Parut sebiji kelapa tua, ambil santan perahan pertama menggunakan segelas air suam. Campurkan santan dengan perahan air limau nipis, kemudian simpan dalam peti sejuk. Gunakan santan ini sebagai krim rambut. Sapukan ke rambut dengan cermat kemudian cuci bersih. Cuba selama seminggu dan lihat hasilnya.
Labels:
PETUA RAMBUT
24 January 2012
Cara Meluruskan Rambut
Petua 1 : Basuh rambut anda dengan air nanas yang manis. Peram air nanas itu semalaman. Selepas itu lumurkan ke atas kepala dan biarkan selama 15 minit. Kemudian basuh dengan syampu sehingga bersih.
atau
Petua 2 : Perah sebiji kelapa dan ambil patinya sahaja. Campurkan dgn air limau nipis. Simpan santan pekat ini di dalam peti ais sehingga atasnya menyerupai krim. Gunakan krim ini utk disapukan pada kulit kepala dan rambut keseluruhannya. Tutup kepala dengan tuala sehingga 1 jam barulah dibilas dengan bersih. Lakukan 3 kali seminggu. Anda akan dapati rambut kerinting akan lurus sedikit demi sedikit.
@Petuaseharian.blogspot.com
Labels:
PETUA RAMBUT
05 June 2011
Mengelak Keguguran Rambut
Cara Mengelak Keguguran Rambut
Petua 1 :
Petua 1 :
Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu.
Insyaallah anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.
Petua 2 :
Insyaallah anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.
Petua 2 :
Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kuit kepala seeloknya pada waktu malam.
Amalan ini juga dapat mencegah kelemumur.
Petua 3 :
Petua 3 :
Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2.
Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh. Di samping itu, elakkan mengikat rambut dgn getah.
Labels:
PETUA RAMBUT
01 June 2011
Cara Menghilangkan Kelemumur
Perahkan air limau purut/ nipis di atas kulit kepala. Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam. Utk hasil yg baik, biarkan rambut anda diperapkan dgn tuala. Basuh dgn air suam.
Selain itu, petua ini juga berguna utk mengurangkan pening kepala.
Selamat Mencuba...
Labels:
PETUA RAMBUT
Subscribe to:
Posts (Atom)

