Showing posts with label PETUA WANITA. Show all posts
Showing posts with label PETUA WANITA. Show all posts

10 July 2014

Tips Bibir Merah

Jaga bibir supaya sentiasa sihat

Ramai wanita kurang memberi tumpuan kepada bibir kerana merasakan ia tidak penting seperti penjagaan kulit wajah. Sedang­kan bibir aset berharga yang harus diberi perhatian.

Ini kerana bibir yang cantik dan sihat apabila ia tidak kering dan mengelupas. Namun, untuk mendapatkan bibir yang lembap haruslah mengikut rutin penjagaan di bawah. Antaranya:  - petuaseharian.blogspot.com

• Tabiat menyapu pelembap bibir setiap kali keluar rumah mungkin mudah bagi anda, tetapi sebenarnya ini asas paling penting dalam rutin penjagaan bibir. Pastikan bibir tidak basah supaya pe­lembap bibir boleh disapu dengan sempurna. Sapuan pelembap bibir juga berfungsi untuk melindungi bibir daripada kesan cahaya matahari.

• Untuk mendapat­kan bibir yang seksi, bukanlah sesukar mana, hanya teknik solekan yang perlu dipelajari dan warna gincu yang tepat. Walaupun hasilnya sementara, namun ia meninggalkan kesan kepada si pemakai.

• Sebelum tidur, kesat dan bersihkan semua kesan gincu dengan penang­gal solekan, kemudian ambil kain lembut yang dibasahkan dan gosok perlahan-lahan pada permukaan bibir. Ini untuk menanggalkan semua sel mati di permukaan bibir. Gosok sehingga bibir terasa lembut dan licin. Sapukan nipis produk rawatan bibir atau serum bibir dan biarkan semalaman.

• Tabiat menggigit dan menjilat bibir sebenarnya menyebabkan bibir mengelupas. Elakkan menjilat bibir. Jika bibir terasa kering, segera sapu salap bibir sekerap mungkin sepanjang hari.

• Sapukan salap bibir mengandungi pelindung matahari sebelum memakai gincu atau gincu mengandungi SPF ketika melakukan aktiviti di luar rumah. Bibir yang sering dijaga dan diberi rawatan akan menjadikan kulit bibir kemerahan, lebih lembut dan lembap. Kesan­nya, bibir menjadi lebih sihat, menarik dan seksi.

• Petua Melayu lama ­jangan dilupa. Sebelum tidur sapukan madu lebah pada bibir untuk mendapatkan bibir yang kemerah-merahan dan kekal lembap sepanjang hari.

• Hanya dengan sapuan pengilat bibir, bibir sudah tampak cantik menawan. Sekiranya anda berasakan bentuk bibir kurang sempurna, jangan berasa rendah diri.

• Ikuti petua lama ­dengan merendam uncang teh dalam air panas. Biarkan seketika sehingga menjadi suam lalu ditekap pada bibir selama tiga minit. Ini akan meningkat­kan kelembapan pada kulit bibir anda.

• Untuk melembapkan bibir, buat masker dengan jus betik yang pekat. Sapukan dengan lembut dan gosok perlahan-lahan di sekitar bibir. Biarkan selama 10 hingga 15 minit, basuh dan sapukan salap bibir. Betik memiliki kandungan enzim yang berfungsi menanggalkan sel kulit mati serta menghaluskan bibir.

• Bersihkan gincu yang melekat pada bibir sebelum tidur dengan pembersih khusus bibir dan jangan lupa sapukan pelembap bibir sebagai perlindungan.




Petua seharian petuaseharian.blogspot.com

28 June 2012

Petua Memutihkan Ketiak



Bagi para isteri terutamanya tentu mahu kelihatan terbaik untuk suami masing-masing. Pasti ada di antara mereka yang mencari cara terbaik untuk membersihkan bulu ketiak dan memutihkan ketiak yang hitam.

Salah satu Tips/Petua/ cara memutihkan ketiak yang hitam adalah dengan menggunakan limau nipis dan kapur sirih. Caranya ialah dengan memerahkan sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit kapur sirih. Sapukan di bawah ketiak dan biarkan selama 15 minit sebelum dicuci dengan air bersih. Lakukan tiga kali seminggu.

Manakala itu untuk membersihkan bulu ketiak, campurkan setengah camca teh kapur dengan sebiji limau nipis. Lumurkan campuran tadi pada ketiak selepas mandi setiap malam. Lakukannya selama seminggu.


@Petuaseharian.blogspot.com

23 March 2012

Panduan penjagaan bibir



  • Sapukan salap bibir mengandungi pelindung matahari sebelum memakai gincu atau gincu mengandungi SPF ketika melakukan aktiviti di luar rumah. Penjagaan yang baik dan sering diberi rawatan, kulit bibir berwarna kemerahan, lebih lembut, dan lembap. Kesannya, bibir akan lebih sihat, menarik dan seksi serta berwarna merah jambu serta semulajadi.

  • Sebelum tidur sapukan madu lebah pada bibir untuk mendapatkan bibir yang kemerah-merahan dan kekal lembap sepanjang hari.

  • Elakkan menggit, menjilat dan menyapu dengan lidah kerana ini hanya akan membuatkan bibir kering.

  • Hanya dengan sapuan pengilat bibir, bibir sudah tampak cantik menawan. Sekiranya anda berasakan bentuk bibir kurang sempurna, jangan berasa rendah diri.

  • Untuk mendapatkan bibir yang seksi, bukanlah sesukar mana, hanya teknik solekan yang perlu dipelajari dan warna gincu yang tepat. Walaupun hasilnya sementara, ia pasti memuaskan hati dan memukau mata yang memandang.  


05 June 2011

Cara Merawat Senggugut


Petua 1 : 
Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan halia ke dalam segelas air suam, apabila halia mendap barulah diminum air tadi didahulukan dengan selawat. 
Hasilnya senggugut akan hilang. 

Petua 2 :
Ubati senggugut dengan minuman air rebusan rumput jarum emas @ rumput rempah padang @ rumput cengkih padang semasa kedatangan haid/ sebelumnya. 

Petua 3 : 
Ambil 9 biji pinang tua, dibakar hingga menjadi arang dan ditumbuk halus. Campurkan dengan secawan air suam dan minum. 
Amalkan petua ini sembilan hari berturut-turut dari hati mula kedatangan haid. Insyaallah, mujarab 

Petua 4 : 
Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam. Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum haid . Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun .

Petua 5 : 
Semasa sakit ketika haid, hendaklah sentiasa meminum air teh pahit tanpa gula.



31 May 2011

Petua Kembali Gadis


Ambil secukupnya daun inai, daun pegaga, daun limau purut dan pinang muda. Tumbuk pinang muda dan perahkan airnya bagi mendapatkan airnya yang pekat. Daun pegaga, daun limau dan daun inai juga ditumbuk dan diperah bagi mendapatkan air yg pekat. Jika perlu, campurkan sedikit air. Gunakan kapas yang digulung atau cotton bud untuk mencelup pekatan air ini dan masukkan ke dalam lubang faraj. Rawatan pemulihan ini boleh dilakukan selepas mandi petang setiap hari hingga faraj kembali ketat.


Cara Mengatasi Masalah Keputihan


Sesetengah wanita mengalami masalah keputihan dan gatal. Cuba cara ini, ramas 12 helai daun sirih bersama seliter air suam, Tapis dan gunakan air itu untuk membasuh kemaluan anda, dimulakan dengan selawat. Selain menghilangkan gatal dan bau ia juga berupaya merapatkan kembali bahagian sulit.


Cara Meningkatkan Kesuburan


Untuk meningkatkan kesuburan seseorang, minumlah air kacang soya setiap hari. Kalau boleh soya yang diperah secara asli (bukan dalam kotak). Ini disebabkan kacang soya membantu mengatasi penurunan hormon estrogen pada wanita kerana kacang soya mempunyai khasiat isoflavon iaitu khasiat yang mempunyai kesan yang sama seperti estrogen. 

Cubalah!!


Penawar Sakit Haid


Ketika hadi, bahagian perut dan pinggang akan berasa tidak selesa. Cara menghilangkan kesakitan ini, ambil
- sebiji telur ayam, 
- 1 sudu kecil madu lebah dan 
- sedikit lada putih. 
Gaul sebati dan minum sehari sekali sebelum sarapan. Minum selama 3 kali, Insya-Allah sakit akan hilang. 

Ibu yang baru bersalin juga boleh minum selama 3 kali untuk mengembalikan tenaga yang hilang.


Cara Payudara Kembali Mantap

Saiz payu dara wanita yang hamil biasanya menjadi lebih besar seiring dengan meningkatnya jumlah dan ukuran kelenjar alveoli hasil daripada peningkatan kadar estrogen. Setiap payu dara terdiri daripada 15 hingga 20 lobus dari jaringan kelenjar. Jumlah lobus tiada kaitan dengan ukuran payudara. Setiap lobus terhasil daripada ribuan kalenjar kecil yang dipanggil alveoli. Kalenjar ini bersama-sama membentuk jumlah gumpalan, mirip buah anggur. Alveoli (alveolus dan acinus singular) menghasilkan susu sepanjang waktu menyusui anak. 

Menurut Setiawaty Md Radzi, ketika usia kandungan masuk 4-6 bulan, bentuk payudara mula menunjukkan perubahan kerana ketika itu kilang susu sudah mula menjalankan proses pembentukan susu. 

Ketika itu bakal ibu dapat melihat saiz payudara mereka berubah dan coli lama sudah tidak boleh dipakai. Semuanya kerana bentuk payudara menjadi semakin padat & besar. 

Oleh kerana payudara tidak mempunyai otot dan membesar kerana pembentukan susu, maka jika susu telah kering bentuk payudara anda pasti akan berubah menjadi menggeleber. Justeru itu jika mahukan bentuknya terus mantap dan kekal bugar, anda perlu melakukan sesuatu:-

Teknik urutan / Cara mengurut payudara...

URUTAN
Urutan dapat memberi kelegaan kepada badan yang sengal-sengal. Urutan pada payudara turut memberi banyak kesan positif kepada wanita terutama yang hamil dan lepas bersalin. Menurut Setiawaty teknik urutan yang betul pada payudara dapat mengekalkan bentuknya terus mantap. “Bila kandungan masuk 7 bulan, anda hendaklah rajin mengurut payudara supaya dapat melancarkan pengaliran air susu. Selain itu rajin-rajin juga menuam tuala suam pada payudara supaya susu tidak membeku”. Terangnya. 

Urutan secara putaran mengelilingi payudara juga dapat mengurangkan rasa berdenyut dan sakit apabila ia mengeras. Urutan boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja. 

Ketika hamil, payudara kita berubah saiz daripada asal. Oleh itu, payudara memerlukan sokongan untuk menampung beratnya yang bertambah. Pemilihan coli yang bersesuaian (coli dengan dawai penyokong) turut membantu anda menjaga bentuk payudara agar tidak menggeleber selepas bersalin. 

Sebaik bersalin, payudara akan mengalami pembengkakan air susu. Tuam payudara dengan tuala suam untuk mengurangkan kesakitan. Biarpun payudara bengkak, anda perlu terus memakai coli sepanjang tempoh berpantang. Menurut Setiawaty jika tidak memakai coli, maka payudara akan lebih cepat tertarik dan ‘jatuh’ apabila susu badan sudah kering. 

“Payudara yang mendapat sokongan coli yang bersesuaian semasa hamil dan selepas bersalin serta sentiasa diurut dengan teknik yang betul tidak mustahil untuk terus bugar biarpun ibu sudah beranak lima”. Ujarnya lagi. 


Senaman Payudara :-

· Tegakkan badan anda dan angkat kedua-dua tangan setentang dengan anda. 

· Kedua-dua belah tapak tangan anda mengenggam pergelangan tangan kiri dan kanan. 

· Tolak berlawanan arah dengan serentak. 

· Lakukan ia 10 - 15 minit sehari @ mengikut selera anda. Senaman ini dapat membantu mengecangkan kembali payu dara. 



Dipetik drp Majalah Pa&Ma

24 May 2011

Elak Pakai Coli Lebih 12 Jam


Ada sebab mengapa saranan ini dibuat. Ia kerana memakai coli lebih daripada tempoh 12 jam sehari mampu meningkatkan risiko kanser payu dara. 
Sebabnya, coli akan memberikan tekanan kepada payu dara terutama kepada sistem limfa. Sistem ini mengandungi sejenis saraf yang sangat kecil dan berfugsi untuk mengeluarkan toksin, sel debris, sel kanser, virus, bakteria dan sebagainya untuk keluar dari sistem payu dara. 

Namun begitu, coli juga penting kerana ia menyokong dan mengekalkan bentuk payu dara. Ramai wanita mengakui mereka tidak selesa jika tidak memakai coli. 
Sebagai penyelesaian, elakkan memakai coli semasa tidur. Ini adalah antara cara untuk membantu mengelakkan risiko kanser payu dara.

Cara Menghilangkan Keputihan


Bagi wanita yang mengalami masalah keputihan disarankan agar mencuba petua ini :- 
- Ambil secekak daun pegaga bersama akarnya dan cuci bersih. 
Kemudian direbus di dalam periuk. Setelah mendidih campurkan sedikit garam dan biarkan suam. Kemudian ambil air rebusan yang suam tersebut dan cuci kemaluan. Lakukan 3 kali seminggu.



Cara Payudara Kekal Cantik


Setiap wanita yang telah melahirkan anak, tentu mengalami masalah payudara yang kendur & jatuh. Untuk mengatasi masalah ini, anda bolehlah mencuba petua untuk mendapatkan payudara yang segar, halus dan kulitnya anjal dengan memanaskan satu sudu minyak sapi. Setelah menjadi minyak, sapukan minyak ini ke payudara dan urut selama 15 minit. Selepas itu, lap dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam. 
Jika rajin mengamalkannya anda akan dapat merasai perubahannya.


21 May 2011

Payudara mengambarkan perangai wanita..?

Seorang penyelidik dari Rome, Itali mendakwa beliau dapat mengetahui perangai seseorang wanita menerusi bentuk dan saiz payu daranya. Akhbar Jerman, Bild, melaporkan pakar seksologi, Piero Lorenzoni berkata bentuk payu dara seseorang wanita menggambarkan karektor diri wanita tersebut. Beliau mengkategorikan bentuk payu dara kepada buah-buahan dan menyatakan lelaki boleh membuat carta horoskop masing-masing bagi mendapatkan bayangan mengenai tingkah laku seseorang wanita. Sejauh manakah kebenaran ni semua? Mari sama-sama kita buat kajian teradap pasangan wanita masing-masing untuk mengetahui rahsia petua ini.

1) Carta buah-buahan itu bermula dengan bentuk semula jadi seperti tembikai. Menurut Lorenzoni, wanita yang mempunyai payu dara besar dan bulat seperti tembikai mungkin bersifat keibuan tetapi sebenarnya membayangkan karektor yang lebih jauh. “Wanita jenis ini suka makan dan mahu dimanja serta sering dipuji. Bagaimanapun wanita ini tidak mahu kerap bersenggama,” katanya.

2) Bagi lelaki yang mahukan seseorang yang agak ceria dan sederhana maka mereka boleh memilih wanita yang mempunyai payu dara seperti buah lemon yang agak tertonjol dan ketara. “Wanita seperti ini penuh dengan keceriaan, malah ada kalanya ketawa sendirian. Mereka sentiasa mahukan kehidupan yang seimbang tanpa kejutan,” katanya.

3) Payu dara yang pejal dan bujur seperti nanas menggambarkan wanita yang cerdik, kebiasaannya menumpukan kepada kerjaya tetapi tetap romantik. “Mereka juga seorang yang setia dan jarang wanita yang mempunyai payu dara sedemikian cepat jemu dengan tingkah laku kekasihnya,” kata pakar itu.

4) Bagi mereka yang mempunyai payu dara seperti limau gedang yang pejal tetapi lembut kebiasaannya tidak mempunyai prestasi seks yang baik. “Mereka mungkin kelihatan menghairahkan tetapi sebenarnya agak menjemukan serta sering mahu terperuk di rumah. “Jenis ini lebih suka memanjakan kekasih dan mengutamakan kelembutan dan kemesraan daripada seks,” kata Lorenzoni.

5) Katanya wanita yang memiliki buah dada berbentuk oren jarang naik angin tetapi mempunyai keyakinan diri dan tidak begitu mengutamakan seks manakala wanita yang memiliki payu dara kecil seperti buah ceri biasanya agak lucu, amat teruja, cerdik dan menghiburkan selain pasangan baik untuk kehidupan harian serta agak ghairah.

6) Lorenzoni berkata, wanita yang mempunyai bentuk seperti buah pear adalah wanita yang dapat menumpahkan kasih sayang dalam semua aspek kehidupan dan taat kepada agama tetapi kebanyakan wanita seperti ini juga didapati kerap menduakan suami.

Anda yang boleh menentukan samada artikel ini betul ke tidak… anda cubalah sendiri tapi berhati-hati yer...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...