Showing posts with label PETUA KEHAMILAN. Show all posts
Showing posts with label PETUA KEHAMILAN. Show all posts

14 February 2017

Perkara Patut Anda Cuba Dalam Usaha Memperolehi Zuriat

petuaseharian.blogspot.com 
7 Perkara Patut Anda Cuba Dalam Usaha Memperolehi Zuriat

Setahun sudah usia perkahwinan, namun tanda-tanda untuk hamil masih belum kunjung tiba. Keluarga mertua sudah mula bertanya. Stres dan bimbang mulai menguasai diri.

Berikut antara perkara berfaedah yang patut anda cuba, dalam usaha memperolehi zuriat.

1. Bersenam
Suami isteri haruslah melakukan senaman sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Lakukannya secara konsisten setiap hari bagi meningkatkan tahap kesihatan dan kesuburan tubuh badan. Jika tidak punya masa kerana sibuk bekerja, lakukannya aktiviti seperti berjoging, berenang atau berbasikal pada hujung minggu.

2. Kurangkan pengambilan kafein
Hadkan pengambilan kafein kepada sekurang-kurangnya satu cawan sehari. Lebih baik cuba untuk mengambilnya hanya dua kali dalam sebulan dan selebihnya jadikan minuman sihat seperti air kosong dan susu sebagai amalan.

3. Berhenti merokok
Merokok merupakan satu tabiat buruk yang diketahui umum tidak    mendatangkan kebaikan, malah memberi kesan buruk kepada perokok dan individu di sekelilingnya. Tabiat merokok juga mempengaruhi tahap kesuburan seseorang, oleh itu baik anda atau pasangan, berhentilah merokok.

4. Jumpa pakar perubatan
Lakukan pemeriksaan kesihatan dengan doktor pakar berkaitan tahap kesuburan dan sebagainya. Jika ingin mengambil suplemen tertentu pastikan anda dan pasangan mendapat kebenaran dan memastikan kesan sampingan yang akan berlaku jika ubat tersebut diambil.  

5. Masalah berat badan
Pastikan anda dan pasangan mempunyai berat badan ideal agar kesihatan anda dan pasangan tidak terganggu. Ini kerana masalah obesiti boleh menjadi penyebab anda sukar mendapat cahaya mata.  

6. Amalan pemakanan sihat
Makanan seperti buah-buahan, kekacang, sayuran hijau dan bijirin penuh merupakan yang terbaik untuk pemakanan seharian kita dan perlu diamalkan sebelum anda hamil lagi.

7. Ambil Asid Folik
Pengambilan asid folik sebelum 3-6 bulan sebelum kehamilan adalah sangat penting untuk membolehkan tubuh kita bersedia untuk sebarang pertumbuhan dan pembentukan sel-sel baru. Kandungan asid folik yang mencukupi akan membantu wanita mematangkan telur ovum, membantu pembentukan plasenta dan proses pelekatan janin di dinding rahim.




01 October 2016

Petua Selepas Bersalin

petuaseharian.blogspot.com 
Nenek moyang kita memang kaya dengan petua tradisional. Jika diamalkan ia diakui memang memberikan kesan yang mengagumkan. Kepada ibu-ibu selepas bersalin, jom amalkan petua-petua berikut untuk kesejahteraan diri dan kecantikan luar dan dalam.

1. Segarkan badan
Semasa dalam pantang, ambil beberapa helai daun sirih dan daun pandan kemudian rebus bersama sedikit halba, bunga cengkih dan garam. Mandi dengan menggunakan air rebusan setiap pagi sehingga ke hari ke-40 selepas bersalin.

2. Naikkan seri wajah
Bersihkan beberapa ranting daun inai kemudian rebus dengan menggunakan api sederhana sehingga mendidih. Biarkan sejuk dan minum airnya segelas pada waktu pagi dan segelas pada waktu malam. Amalkan dua atau tiga hari seminggu.

3. Rawatan dalaman
Tumbuk kunyit hidup dan daun inai hingga lumat. Kemudian, perah dan ambil patinya lalu diminum pada waktu pagi. Lakukan selama tiga hari seminggu sepanjang waktu berpantang. Hasilnya, luka anda akan cepat sembuh dan wajah akan lebih berseri.

4. Kecutkan rahim
Ambil segenggam daun pegaga dan rebus bersama akarnya. Masukkan bersama pucuk pokok sepagi berdiri. Minum air rebusan tadi selama tiga hari berturut-turut setiap pagi.

5. Tambah susu badan
Ada setengah wanita yang baharu melahirkan anak menghadapi masalah kurang susu badan. Bagi mengatasi masalah ini, ambil daun kucai dan ikan bilis secukupnya dan rebus. Makanlah bersama nasi panas dan amalkan selalu.

6. Sembuhkan luka bersalin
Luka akibat bersalin sama ada bersalin secara normal ataupun pembedahan boleh disembuhkan segera dengan makan ikan haruan yang dibakar ataupun dibuat sup. Selain itu amalkan makan hempedu ikan haruan setiap hari bersama satu sudu besar madu lebah asli.
Selamat mengamalkan bagi wanita yg lepas bersalin.



07 August 2013

Cara Manghapuskan Urat Timbul

Menghapuskan Urat Timbul Di Kaki Sewaktu Mengandung

Petua 1 : Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. Amalkan selalu.

Petua 2 : Campur sedikit asam jawa dan air sehingga pekat. Sapukan pada kaki setiap malam. Tinggikan kaki sedikit ketika tidur.

Petua 3 : Campurkan sebuku ragi, sedikit air limau nipis dan air hingga sebati. Sapukan pada urat yang timbul pada setiap malam. Apabila tidur letakkan kaki di atas bantal.

Petua 4 : Rebus kacang hijau, minum airnya setiap pagi dan petang. Buat senaman angkat kaki 10 minit sebelum tidur.



Petua Seharian@ Petuaseharian.blogspot.com

16 June 2011

Tanda-tanda Hamil

Apabila merancang untuk hamil, pastikan pengambilan asid folik anda mencukupi. Bukan saja melalui tablet tetapi juga melalui sayur-sayuran hijau dan buah-buahan sitrus. Apabila anda hamil tanda-tanda dan simtom awal ialah :-
  1. Tidak Datang haid.
  2. Payudara anda mungkin menjadi berisi dan puting sensitif.
  3. Anda mungkin berasa loya dan muntah-muntah (morning sickness).
  4. Anda mungkin mengalami perut kembung.
  5. Anda mungkin lebih kerap membuang air kecil.
  6. Anda mungkin berasa letih dan selalu mengantuk.
  7. Anda mungkin sering mengalami perubahan emosi.
  8. Anda mungkin membenci makanan.

1. Tanda-tanda awal bagi wanita yang hamil biasanya ialah ketiadaan haid pada tarikh yang dijangkakan. Jika seseorang wanita itu mengalami kedatangan haid yang tetap dan telah terdedah kepada keadaan yang boleh mengakibatkan hamil, ketiadaan haid menunjukkan ia mungkin hamil. Tetapi wanita yang mempunyai haid yang tidak tetap harus menunggu sekurang-kurangnyanya 10 hari sebelum berjumpa doktor, kerana pada waktu ini ia tidak dapat memastikan sama ada wanita itu hamil atau tidak. Jika kedatangan haid tidak tetap, ketiadaan haid adalah kurang berkesan untuk mendiagnosios hamil.


"Hamil merupakan sebab yang paling lazim berlakunya ketiadaan haid. Di kalangan wanita yang berumur 16 hingga 40 tahun, tetapi kekadang haid terlewat atau terhalang akibat emosi, sesuatu penyakit atau penggunaan ubat-ubatan yang tertentu.
Selain dari hamil, tekanan emosi juga sebab yang lazim bagi ketiadaan haid di kalangan wanita yang sebelum itu kedatangan haidnya adalah normal.
Emosi ini bertindak pada bahagian otak yang mengawal, pelepasan hormon, kebimbangan kerana hamil yang tidak diingini, pergaduhan dengan orang yang dicintai, kerja baru yang sukar, perjalanan jauh.. semuanya boleh menyebabkan ketiadaan haid. Dalam erti kata lain, ia disebabkan tekanan emosi.

2. Ramai wanita hamil terasa buah dada menjadi besar dan tidak selesa. Sesetengah wanita mengalami sakit di bahagian payudara dan bengkak. Perubahan pada payudara ini disebabkan oleh hormon seks betina estrogen dan progestron yang dihasilkan oleh plasenta. Hormon-hormon ini menyebabkan pertumbuhan salur dan pundi susu pada buah dada dan menyebabkan lemak-lemak terlonggok di sekitarnya. Rasa berdenyut-denyut dan semut-semut yang berlaku sekali sekala adalah disebabkan oleh bertambahnya pengaliran darah melalui salur darah yang membekalkan darah ke buah dada. Selain itu, aerola payudara akan berubah menjadi gelap.

3. Kira-kira separuh dari wanita hamil mengalami loya dan muntah/mual. Biasanya ia tidak begitu teruk dan berlaku di waktu pagi yang turut dikenali sebagai ‘morning sickness‘. Bagaimanapun kadang-kadang ia menjadi lebih teruk pada bila-bila masa. Keadaan ini biasanya berlaku 2 minggu selepas ketiadaan haid dan berlanjutan sehingga 6-8 minggu. Sebab berlakunya keadan ini adalah kesan daripada peningkatan aktiviti hormon yang mencetuskan toksin di dalam badan. Loya biasanya hilang menjelang minggu ke-12 ketika badan sudah dapat menyesuaikan diri dengan aras hormon yang tinggi. Namun penyebab mengapa ada sesetengah wanita hamil mengalaminya dan ada yang tidak, tidak dapat pula dikenal pasti puncanya.

4. Satu lagi tanda kehamilan yang biasa iailah perut kembung. Ada juga wanita mengalami masalah perut kembung sepanjang haid. Sakit belakang, kerap buang air, kepanasan dan kekejangan kaki juga tanda kehamilan yang biasa.

5. Dalam peringkat awal kehamilan ginjal bekerja kuat menyebabkan pundi kencing lebih cepat terisi air kencing. Ini pula akan menyebabkan kekerapan membuang air kencing. Peringkat ini ibu-ibu mengandung perlu berjumpa doktor untuk memastikan kedudukan bayi dalam kandungan benar-benar selamat. Untuk mengurangkan kekerapan membuang air ketika tidur dan lain-lain, wanita hamil disarankan supaya menyondong ke hadapan sedikit semasa duduk(atas mangkuk tandas ketika kencing). Ini akan menyebabkan pundi kencing ditekan sedikit supaya saki baki air kecil itu di keluarkan semuanya.

6. Wanita hamil juga mungkin mudah letih terutamanya di siang hari kerana tubuh terpaksa menerima beban kehamilan di samping beban yang sedia ada. Jadi, cuba dapatkan rehat yang secukupnya. Anda juga dinasihatkan agar mandi sekerap yang mungkin ketika cuaca yang panas terik.

7. Wanita hamil mungkin mudah mengalami perubahan emosi seperti cepat tersentuh, mudah terasa, mudah marah malah lebih teruk lagi berasa dingin untuk melakukan hubungan kelamin.

8. Dalam keadaan tertentu, terdapat golongan wanita hamil mengalami masalah untuk makan kerana mereka seolah-olah hilang selera terhadap sesuatu makan. Masalah ini terjadi kebiasaannya disebabkan kekurangan zink dalam tubuh menyebabkan sesetengah makanan, bau atau rasa makanan menjadi ganjil ketika hamil. Jadi, pastikan anda mendapat bekalan zink yang mencukupi dalam setiap menu makanan.

Ujian Pengesahan KehamilanAnda sebenarnya boleh mula menguji kehamilan dengan menggunakan alat khas yang boleh didapati di farmasi sejak hari pertama anda sepatutnya datang haid. Alat berkenaan akan mengesan human chorionic gonadotrophin (hCG) di dalam air kencing anda.
Sekiranya hormon itu ada, bahan kimia dalam alat tersebut akan berubah warna bagi menunjukkan keputusannya positif atau negatif. Jika anda melakukan dengan betul, besar kemungkinan hasilnya adalah tepat. Namun, ada ketikanya keputusan menjadi negatif atas sebab-sebab tertentu. Oleh sebab itu, seelok-eloknya lakukan ujian ini di
awal pagi sebelum anda mandi kerana hasil ujian akan lebih tepat.




petua seharian petuaseharian.blogspot.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...