Showing posts with label PETUA RUMAH. Show all posts
Showing posts with label PETUA RUMAH. Show all posts

04 April 2017

Panduan Membersihkan Bilik Mandi

petuaseharian.blogspot.com 
Cara Mudah Membersihkan Bilik Mandi


Bilik mandi. Seringkali orang ramai mengabaikan kebersihan bilik mandi di rumah kerana beranggapan bahawa bilik mandi ini adalah ruang yang dianggap tidak penting.

Namun tahukah anda sebenarnya bilik mandi ini adalah cermin peribadi terhadap si tuan rumah. Jika bilik mandi tersebut bersih, maka pembersihlah tuan rumah dan begitu pula sebaliknya.

Bagi memastikan bilik mandi anda sentiasa bersih, curikan masa anda selama 4 minit untuk mencuci bilik mandi setiap hari. Caranya dengan menyembur cecair pencuci dan gosok dengan menggunakan span bermula dari bahagian paling bersih pada dinding atas diikuti dinding bawah yang kotor, sink tab dan juga mangkuk tandas.

1. Jika jubin tandas anda berlumut, bersihkan dengan menggunakan bahan peluntur bersama air. Kemudian biarkan beberapa jam atau semalam sebelum diberus. Dengan cara ini, kesan kotoran mudah hilang. Sekiranya bahan peluntur yang anda gunakan itu kuat, jangan tuangkan terus di atas jubin,sebaliknya campurkan bersama air untuk mengelakkan kerosakan pada jubin.

2. Pastikan juga anda menggosok mangkuk sink sekurang-kurangnya 2 minggu sekali, cermin tandas, mangkuk tandas, dan juga lantai bilik mandi seminggu sekali.

3. Selalunya bahagian sudut lantai jubin iaitu pertemuan di antara lantai dan dinding yang sukar dibersihkan menjadikannya selalu diabaikan ketika proses membersihkan bilik mandi. Oleh itu, gunakan berus gigi kerana ukurannya yang kecil memudahkan ia sampai ke celah sudut berbanding berus besar.

4. Jangan lupa untuk meletakkan sabun dan pewangi tandas setiap hari untuk mengelakkan bau yang kurang menyenangkan.


Tips Menghias Bilik Mandi

1. Pastikan anda memasang cermin muka.
2. Sediakan tempat letak ubat gigi, berus gigi, sabun dan shampoo di tempat yang mudah untuk diambil .
3. Sediakan rak menyangkut pakaian dan tuala.
4. Memasang bingkai gambar atau lukisan
5. Hiasikan bilik mandi dengan bunga-bungaan atau pokok hijau untuk kesegaran. Namun pastikan tidak terlampau.



Petua Membersihkan Kotoran Degil Dalam Bilik Mandi

11 November 2016

Cara Buat Sendiri Semburan Wangian Untuk Rumah Anda

petuaseharian.blogspot.com 
DIY Homemade Air Freshener Jenis Semburan Untuk Wangian Rumah Anda


Kita tentu sesak nafas jika ruangan dalaman rumah kita selalu “menyumbangkan” hidung dengan bau-bauan yang tidak begitu menyenangkan. Kadangkala boleh membawa stress!.

Bila pulang dari kerja atau outing misalnya; buka je pintu, kita mahukan haruman mewangi mengiringi setiap langkah kaki masuk ke dalam rumah. Tentu menenangkan kan.

Opps chopp dulu…Sapa yang nak wangikan rumah kita bila kita tak ada kat rumah!?

Haa…Selain guna air freshener automatik atau spray siap tinggal beli je kat kedai, Tahukah anda? kita boleh buat air freshener homemade sendiri kat rumah?  Mudah je caranya dan yang penting “Cost Saving”.


Kenapa Kena Buat Air Freshener Sendiri?

Pertamanya, off courselah nak jimatkan duit belanja rumah. Pewangi rumah boleh dikatakan antara barang yang kerap kita beli. Kadang-kadang sebulan sekali terutamanya untuk wangian kereta. Paling murah lebih kurang RM5.00 hingga yang agak mahal dalam RM30.00, bergantung kepada citarasa. Bagi yang ada duit dan suka shopping, baik beli je.

Keduanya, minat. Jika anda seorang yang minat kerja-kerja Do It Yourself, mungkin DIY Homemade Freshener ini boleh dimasukkan dalam buku log DIY anda. Nak buat tak lama pun. Seminit boleh siap.


DIY Cara Buat Homemade Air Freshener Sendiri Di Rumah

Bahan-bahannya mudah dicari:

1. Botol spray kosong (200 ml) – Guna yang recycle lebih baik. Saiz tak kisah lagi besar atau kecil, cuma kawal sukatan.
2. 1 Sudu Teh Baking Soda – Mintak sikit dari sektor kek dan pastri
3. Pewangi aromaterapi jenis Essential Oil seperti Lavender, Camomile atau apa sahaja ikut kegemaran (Guna 3 titik sudah cukup)
4. Air secukupnya – air paip atau suam pun boleh (lebih kurang 160ml)

Cara buatnya paling senang:

1. Masukkan air dalam botol spray (tidak terlalu penuh).
2. Masukkan baking soda dan campurkan 3~5 titik essential oil  wangian kesukaan anda.
3. Goncangkan botol untuk sebatikan campuran.
4. Test spray. Kalau berfungsi ok, maknanya dah siap & boleh guna!

Boleh Guna Di mana?

Boleh semburkan homemade air freshener anda pada ruang bilik, ruang tamu, bilik air, bilik tidur dan sebagainya. Boleh juga spray pada perabot, fabrik langsir dan juga karpet. Selain digunakan untuk pewangi rumah, boleh juga diguna sebagai pewangi kereta.

Awas, berhati-hati untuk tidak semburkan pada lantai jubin bagi elakkan permukaan menjadi licin. Bahaya kepada anak-anak jika terjatuh.





sumber: yourfabulousmama

27 October 2016

Cara Harum & Wangikan Bilik Tidur

petuaseharian.blogspot.com 
Petua Harumkan dan Wangikan Bilik Tidur

Bagi yang suka mencari kaedah lain daripada kebiasaan sememangnya ada cara yang mudah tanpa perlu mengeluarkan belanja mahal untuk membeli minyak wangi demi mengharumkan bilik tidur. Cuba amalkan panduan berikut : -

• Belah beberapa biji limau kasturi dan letakkan di setiap sudut dalam bilik. Aroma atau haruman daripada limau akan menyegarkan suasana bilik tidur anda.

• Jika terdapat banyak daun pandan di sekeliling rumah anda, cuba manfaatkan untuk dijadikan haruman bilik. Hiris daun pandan kepada potongan-potongan kecil dan letakkan di dalam bekas yang sesuai atau bungkus di dalam kain jarang. Letakkan pada sudut bilik atau gantungkan seberapa banyak yang boleh di beberapa lokasi strategik. Haruman pandan akan mengisi ruang bilik anda. Diulang.. bilik anda, bukan bilik saya hehe..

• Campurkan beberapa bunga-bungaan wangi termasuk daun pandan. Potong kecil-kecil kesemuanya dan jadikan seperti bunga rampai. Alah.. bunga yang selalu orang baling-baling kat pengantin baru tu. Letakkan di sekeliling bilik. Hasilnya, bilik akan terasa harum dan menyegarkan. Sebagai bonus, bila hidu bau bunga rampai tu secara tak langsung kita akan terasa macam pengantin baru juga.





search related: petua wangikan bilik, wangikan bilik, petua wangikan bilik tidur, petua wangikan rumah, petua wangikan bilik air, PETUA DAUN PANDAN, LIMAU KASTURI, Petua Wangikan Bilik, TIPS HARUMAN,tips wangikan bilik, Petuaseharian.blogspot.com Petua Seharian


03 January 2015

Tip Urus Rumahtangga Untuk Wanita Bekerjaya

Cara Urus Rumahtangga Untuk Wanita Bekerjaya

Begitu banyak persoalan yang diiutarakan oleh para wanita yang bekerja di luar rumah, seperti bagaimana hendak mengatur waktu antara tuntutan kerja dan tanggungjawab mengurus rumah tangga agar dapat dilaksanakan sebaik mungkin.

Dalam mengatasi pertembungan konflik tugas, tidak dinafikan ramai juga wanita hari ini mampu menikmati ‘peranan berganda’ itu dengan jayanya. Namun, ada juga yang merasa sukar hingga akhirnya timbul persoalan-persoalan rumit yang semakin berkembang dalam kehidupan sehari-hari. Justeru kaum hawa hari ini perlu bijak menjalankan tanggungjawab kerana status sebagai isteri dan ibu tidak memungkinkan anda mengelak daripada melakukan tugas di rumah. Ikuti tip berguna untuk membantu anda melakukan tanggungjawab urus rumah tangga dengan lebih mudah dan efektif.

Mengemas Rumah


Ikut arah jam

Sekiranya anda ingin mulakan mengemas di sesuatu kawasan, pastikan anda mengemas mengikut arah jam. Sebaiknya anda mula mengemas di bahagian dapur dahulu kemudian barulah di ruangan lain. Tetapkan titik permulaan dan ikutlah arah putaran jam. Cara ini akan lebih sistematik dan mempercepatkan proses anda untuk mengemas rumah.

Dari atas ke bawah

Untuk mempercepatkan lagi proses anda mengemas rumah, anda dinasihatkan untuk bermula mengemas dari bahagian atas kemudian ke bawah. Ini untuk mengelakkan anda membuat kerja yang sama berulang kali. Bayangkan sekiranya anda bermula mengemas dari bahagian bawah, apabila tiba masa untuk mengemas bahagian atas pasti kotoran yang anda kemas tadi akan terjatuh. Ini akan menambahkan lagi kerja anda.

Kurang bergerak

Contoh paling jelas untuk mengurangkan gerakan ialah ketika mencuci pinggan. Ada baiknya letakkan rak untuk menggeringkan pinggan mangkuk yang telah dicuci berdekatan dengan singki. Atau jika ruang dapur berkeluasan terhad, anda perlu mencuci pinggan mangkuk dan sediakan satu bekas untuk mudah anda mengumpulkan pinggan tersebut. Apabila bekas sudah penuh barulah anda mengangkat bekas tersebut dan sekali gus mengurus pinggan mangkuk untuk disimpan di dalam kabinet.

Gunakan bantuan mesin

Masa kini begitu banyak mesin atau gajet yang ada ditawarkan di pasaran. Seharusnya penggunaan mesin atau gajet dalam tugas membersihkan rumah harus digunakan sepenuhnya untuk membantu meringankan dan mempercepatkan tugasan di rumah. Contohnya penggunaan penyedut hampagas, penggunaannya lebih mudah untuk membersihkan habuk berbanding jika anda menggunakan cara tradisi menggunakan penyapu.



Memasak

Beli perencah segera

Memasak dengan menggunakan sediaan perencah dapat memudahkan anda memasak dan menjimatkan masa. Kini, terdapat begitu banyak bahan perencah ditawarkan di pasaran seperti perencah nasi goreng, perencah ayam masak merah dan banyak lagi hinggalah perencah rendang sekali pun. Semua tersedia untuk anda memilih dan nikmatinya.

Sediaan bahan resipi lebih awal

Jika ingin menggunakan ramuan sendiri, ia juga tidak menghalang untuk anda memasak dengan cepat dan mudah. Cuma persediaan bahan perlulah dilakukan lebih awal dan bukannya ketika ingin memasak. Contohnya, menyediakan hirisan bawang atau ramuan di malam hari dan disimpan di dalam peti sejuk. Apabila hendak memasak di pagi harinya, anda boleh terus menggunakan bahan tersebut.

‘Slow Cooker’- satu pelaburan yang bermanfaat

Ramai wanita hari ini memasak menggunakan ‘slow cooker’ dan menjadikannya satu alat memasak yang penting dan utama. Anda hanya perlukan 10-15 minit di waktu pagi untuk memasukkan bahan-bahan di dalam ‘slow cooker’ anda, hidupkan dan biarkan sahaja seharian untuk dimasak. Pulang ke rumah, makanan yang panas telah tersedia.



PRAKTIS 5S DI RUMAH

1. SEIRI – SISIH

Cuba lihat di sekeliling rumah yang penuh dengan pelbagai barangan. Asingkan yang mana masih boleh digunakan dan yang rosak buangkan sahaja.

2. SEITON – SUSUN

Susun perabot dan aksesori yang ada secara kemas dan teratur. Kaedah ini juga akan dapat mengelakkan rumah kelihatan semak dan sesak.

3. SEISO – SAPU

Lakukan pembersihan atau menyapu lantai setiap hari. Jangan tunggu hujung minggu untuk melakukannya.

4. SEIKETSU – SERAGAM

Walaupun ruang kediaman asalnya berkeadaan bersih dan kemas, ia pasti akan menjadi berselerak apabila digunakan. Oleh itu, anda perlu mengulangi seiri, seiton dan seiso untuk memastikan keadaan kediaman sentiasa bersih dan kemas.

5. SHITSUKE – SENTIASA AMAL

Amalkan sistem 5S secara berterusan hingga menjadi budaya di dalam rumah. Untuk itu anda perlu mendisiplinkan ahli keluarga yang lain.



By: Pesona Pengantin


15 November 2013

Cara Hias Bilik Sempit

Tips Hias Bilik Sempit

Tentukan konsep sebelum hias bilik tidur, elak serabut untuk tidur lena

Menghias kediaman bukan bererti hanya ruang tamu menjadi keutamaan. Ruang peribadi seperti bilik tidur juga perlu diberikan perhatian lebih-lebih lagi sepertiga daripada hidup seseorang itu dihabiskan di kamar peraduan.

Selain menjadi tempat tidur, bilik tidur juga adalah ruang rehat peribadi. Malah, bilik tidur adalah tempat paling selamat dan ruang rahsia seseorang. Malah, ada yang menyatakan untuk mengenal karektor seseorang lihat saja dekorasi bilik tidurnya.
Justeru, menghias bilik tidur perlu dimasukkan dalam jadual menghias kediaman dan apabila bercakap mengenai dekorasi bilik ini, ada beberapa persoalan perlu diambil kira.

Perunding pereka dalaman, Alam Anuar menyatakan aspek utama yang perlu diberikan perhatian sebelum menghias bilik tidur adalah menentukan tema atau konsep yang mahu dibentuk.

“Selepas tema atau konsep dibuat maka mudah kerja menentukan perabot, aksesori dan kemasan yang bakal dilaksanakan,” katanya.

Menjelas lanjut, katanya selepas itu, ruang dan saiz bilik perlu diambil kira supaya bilik tidur dapat dihias dengan praktikal. Aspek praktikal perlu di ambil kira supaya fungsinya sebagai ruang tidur dan rehat tidak disalah tafsir melalui cara menghias. 
“Tidak dinafikan ada yang percaya pada feng shui dan pantang larang tradisi mengenai susun atur perabot dan menghias bilik. Namun, saya percaya kepada kuasa praktikal kerana ia lebih berfungsi untuk bilik yang dihias,” katanya.

Menghias bilik tidur juga perlu mengambil kira warna atau cat. Sebaiknya, ia perlu mengikut tema dan karektor pemilik bilik bukannya berdasarkan aliran semasa.

“Jika mengikut tema Inggeris klasik, warna-warna pastel dengan rona putih dan krim menjadi keutamaan. Namun, ia bergantung kepada karektor seseorang sama ada profesional, masih belajar atau golongan lebih berusia,” katanya.

Mengenai warna, menurutnya tidak salah menggunakan warna garang seperti merah, kuning atau jingga, namun lihat kepada tona. Merah biasanya dikaitkan dengan keghairahan dan romantik manakala hijau dikaitkan dengan ketenangan.

Untuk bilik tidur gaya oriental mahupun nusantara, warna-warna lembut banyak digunakan. Manakala aksesori dan perabotnya berwarna gelap dan sedikit pudar. Biasanya perabot kayu gabungan yang baik untuk tema oriental, nusantara atau Aseania ini.

Semuanya bergantung kepada selera dan jangan terikat sangat kepada ‘trend’ semasa.

“Tidak salah mengikut ‘trend, namun ia sentiasa berubah. Jika soal wang bukan alasan tidak salah mengikut aliran semasa. Jika mahu berjimat, lebih baik mengikut selera sendiri dan kemampuan diri,” katanya.

Dalam menentukan warna, selain karektor, jantina pemilik bilik juga perlu diambil kira begitu juga ruang sama ada bilik itu sempit, luas atau sederhana.

Perlu diingat untuk warna bilik tidur ‘si teruna’ tidak semestinya hanya biru yang sesuai begitu juga merah jambu untuk ‘si dara’. Gunakan kreativiti dan jangan terikat saja kepada aspek maskulin atau feminin dalam menentukan warna bilik tidur, aspek keseimbangan dan selera pemilik bilik juga perlu diambil kira.

Selepas warna ditentukan, susun atur bilik perlulah diberikan perhatian. Jika bilik sempit elakkan gunakan perabot yang terlalu banyak memadai menggunakan perabot asas iaitu katil, almari pakaian dan meja solek.

Jika ruang lebih luas, tidak bermakna semua perabot perlu dibawa masuk kerana dikhuatiri menyebabkan bilik nampak penuh dan berserabut. Namun, tidak bermakna bilik luas perlu dihias dengan tatahias ringkas kerana ia nampak tidak praktikal dan terlalu kosong.

“Seimbangkan ruang dengan perabot supaya soal praktikal tadi tidak diabaikan,” kata Alam.

Untuk bilik luas, tidak salah masukkan kerusi mahu pun sofa atau pun set audio visual. Namun, fungsi bilik tidur sebagai ruang tidur atau rehat perlu diambil kira.

“Jika dirasakan set audio visual boleh mengganggu aktiviti tidur atau rehat, maka lupakan saja hasrat membawanya masuk dan jadikan hiasan bilik. Ada juga percaya membawa set berkenaan boleh mengganggu waktu rehat dan romantik bagi bilik pasangan suami isteri,” katanya.

Mengenai konsep bilik tidur, katanya gaya Inggeris biasanya menggunakan warna pastel manakala hiasannya lebih terperinci seperti meletakkan ‘cornish’ pada siling dan dinding. Begitu juga penggunaan ‘skirting’ atau kambi dan lantai dengan kemasan jubin dan granit manakala katil dihias dengan cadar yang nampak mewah, lembut dan gebu termasuk penggunaan baldu serta satin mewah.

Bagi konsep kedesaan Inggeris, warna biru, kelabu dan coklat lembut sesuai untuk dinding, manakala aksesori biasanya mempunyai ciri kedesaan seperti bunga-bungaan dan haiwan. 

Konsep oriental mahupun Aseania dan Nusantara, fabrik untuk bilik mengikut ciri budaya dan tradisi si pemilik bilik tidur, tidak ketinggalan penggunaan sutera dan kain bercorak atau batik manakala perabot kayu jadi pilihan sesuai. Warna alam termasuk kuning lembut, merah lembut, hijau dan coklat sangat sesuai untuk konsep ini. 



Hias bilik sempit 
Sesetengah orang tidak bijak menggunakan aksesori untuk bilik tidur kerana bimbang bilik berserabut atau nampak bersepah. Namun, jika pandai suai padan dan menyusun atur dengan betul, tidak timbul soal bilik tidur menjadi berserabut. - petuaseharian.bligspot.com

Berikut adalah tips menyusun atur bilik tidur yang kecil nampak lebih luassss.


1. Gunakan warna pastel


Kebanyakan rumah mempunyai warna asal dinding iaitu warna putih. Walaupun putih membantu memberikan ilusi ruang nampak luas dan besar, tetapi ia masih nampak bosan dan tidak menarik. Justeru, apa salah gunakan warna pastel atau warna yang lembut, cair dan pucat. Salah satu cara gabungkan warna putih dengan warna segar seperti hijau.


2. Perabot dan Tempat Penyimpan 


Ada yang beranggapan bilik yang kecil memerlukan perabot kecil juga bagi memberi ilusi supaya bilik tidur nampak besar. Sebenarnya tidak, jika perabot kecil akan menampakkan lagi bilik itu bertambah sesak. Lebih baik mempunyai perabot yang penting saja seperti katil, almari pakaian, meja solek berserta kerusi dan meja sisi dengan lampu meja. Itu sudah memadai. Sebaiknya gunakan perabot jenis ‘multipurpose’ atau pelbagai guna dan fungsi. Contohnya, katil yang bawahnya mempunyai tempat penyimpanan pasang siap atau meja solek yang boleh dijadikan meja kerja dan almari pakaian dengan pelbagai ruang penyimpanan serba guna.

Untuk ruang sempit, letakkan katil rapat dengan dinding bagi menambahkan keluasan pada ruang lantai. Gunakan kotak penyimpanan barang kemas atau aksesori di meja solek sebagai tempat meletakkan lampu meja. Hadkan penggunaan meja tepi katil kepada satu berbanding dua manakala di sudut kosong diletakkan lampu lantai.


3. Cermin


Cermin adalah satu medium yang memberikan ilusi keluasan pada ruang. Boleh dipasang di sebelah dinding katil, atau gunakan cermin berkaki atau membeli almari pakaian yang tersedia cermin di daun pintunya. Cermin di meja solek juga membantu.


4. Percahayaan


Gunakan secara maksimum cahaya semula jadi melalui tingkap bilik tidur anda. Elakkan perabot yang menghalang terus cahaya berkenaan. Gunakan blinds atau sheer berbanding langsir jika bilik tidur kurang cahaya matahari masuk.

Jika cahaya lampu siling tidak menerangi secukupnya bilik tidur. Tambahkan lampu meja dan lampu lantai. Gunakan teknik pantulan cahaya dengan lampu lantai menerangi siling bilik kesannya pasti lebih menarik.


5. Aksesori Dekorasi


Aksesori dekorasi jenis kemasan cermin atau ‘stainless steel’ membantu memberikan ruang nampak eksklusif dan luas kesan pantulan dan sinaran barang berkenaan. 

Selain itu, satu gambar lukisan bersaiz besar yang diletakkan di dinding kepala katil boleh menampakkan dinding itu nampak besar



INFO
  • Anda perlu ketahui bahawa setiap bilik perlukan titik tumpu begitu juga bilik tidur. Untuk bilik tidur katil adalah titik tumpu. Untuk bilik yang luas letakkan katil di tengah-tengah

  • Letakkan katil supaya ia tidak menghalang pintu masuk, almari atau bilik mandi. 

  • Pilih perabot yang sesuai dari segi saiz untuk bilik. Contohnya, seorang remaja tidak perlu katil seperti dua orang dewasa tidur. Pilih katil bujang daripada katil saiz besar atau ‘king size’

  • Tidak perlu meletakkan meja sisi kiri kanan katil seperti kebiasaan. Letakkan satu saja meja sisi dan sebelah lagi letakkan lampu lantai.

  • Jika ruang bilik anda tidak bersegi empat sama sisi atau mempunyai dinding yang panjang, gunakan almari pakaian pasang siap ‘built-in’ tinggi hingga siling bilik. Ini memberikan lebih ruang penyimpanan.

  • Buang perabot atau aksesori dekorasi yang tidak membantu anda mendapatkan ruang yang nampak kemas, luas dan teratur.



Petua Seharian@ petuaseharian.blogspot.com

04 December 2012

Tips Penjimatan Elektrik di Rumah dan Pejabat

Tips Electricity Saving Practices in Home and Office
Pelbagai cara boleh digunakan dalam menjimatkan pengguna tenaga sama ada di rumah atau di pejabat. Amalan ini bukan sahaja dalam mengelakkan pembaziran dan mengurangkan bil elektrik, tetapi juga menggalakkan penggunaan sumber tenaga secara lestari. 

Berikut adalah di antara beberapa amalan dan panduan yang boleh dilakukan di rumah dan pejabat bagi menjimatkan pengguna tenaga elektrik.   - Petuaseharian.blogspot.com


* Lakukan audit penggunaan tenaga elektrik di rumah. Ini dapat menjamin sistem pendawaian yang betul di rumah dan pejabat.

* Penapis pendingin hawa mesti dibersihkan dengan kerap. Aliran udara yang lancar dapat mengurangkan penggunaan tenaga.

* Kompresor mesti dibersihkan. Gunakan hos getah (pastikan bekalan elektrik telahpun dimatikan terlebih dahulu). Pastikan tumbuh-tumbuhan terletak 1 kaki daripada kompresor.

* Tutup lampu pada waktu siang.

* Bagi rumah yang mempunyai tanah, tanam pokok-pokok untuk teduhan. Teduhan daripada pokok-pokok dapat mengurangkan kesan pemanasan kepada rumah.

* Gunakan kipas siling untuk aliran udara. Pengurangan dalam penggunaan tenaga. Aliran udara semulajadi juga boleh digunakan.

* Set kipas pada pendingin hawa kepada "ON" daripada "AUTO". Pengaliran udara yang sekata dapat menstabilkan suhu udara dalam bilik.

* Beli alat pendingin hawa yang bersaiz betul untuk kegunaan di rumah atau pejabat. Unit yang besar akan menggunakan lebih banyak tenaga dan tutup/ buka secara kerap.

* Setkan suhu pendingin hawa di antara 24darjahC hingga 26darjahC, iaitu paras rendah (24darjahC) semasa cuaca panas dan paras tinggi (26darjahC) pada musim hujan. Seboleh-bolehnya gunakan aliran udara semula jadi.

* Suhu pemanas air boleh ditetapkan di antara rendah dan sederhana untuk menjimatkan tenaga.

* Gunakan penyembur air yang jimat air, air yang kurang bermakna penggunaan tenaga yang kurang.

* Perbaiki paip yang bocor, terutamanya jika melibatkan perkakas air panas.

* Mandi adalah lebih baik daripada merendam dalam tub mandian. Lebih banyak air panas digunakan lebih banyak pembaziran tenaga.

* Peralatan dapur yang kecil membantu mengurangkan penggunaan tenaga. Terdapat peralatan yang menggunakan 75% tenaga kurang daripada oven yang besar.

* Koil peti sejuk mesti divakum sekurang-kurangnya 2 kali setahun untuk memastikan kompresor berfungsi dengan baik.

* 30% udara sejuk akan terlepas setiap kali pintu peti sejuk di buka. Keadaan yang sama untuk oven.

* Jangan memasukkan makanan melebihi muatan peti sejuk. Ini kerana udara sejuk perlu mengalir dengan bebas untuk memastikan makanan disimpan pada suhu yang betul.

* Magnet pintu peti sejuk mesti diperiksa. Letakkan wang kertas satu ringgit dan tutup pintu. Jika wang kertas ini boleh di tarik, anda perlu menukar magnet ini (gasket).

* Gunakan kemudahan oven yang mencuci sendiri sejurus selepas memasak, apabila oven masih panas. Ini mengelakkan mesa yang panjang untuk pemanasan semula.

* Tutup periuk atau kuali untuk mengurangkan masa memasak, dan letakkan periuk atau kuali mengikut saiz pembakar.

* Cuci pakaian dalam muatan penuh. Pastikan aras air di set pada aras yang betul.

* Sentiasa gunakan air sejuk untuk mencuci pakaian, air panas hanya perlu digunakan untuk pakaian yang terlalu kotor sahaja.

* Elakkan penggunaan pengering pada hari yang cerah. Kita dikurniakan dengan cahaya matahari yang banyak. Ultraviolet daripada cahaya matahari membunuh kuman.

* Tutup lampu dan peralatan elektrik apabila bilik atau kawasan tertentu tidak digunakan.

* Lampu kalimantang kompak menggunakan 75% tenaga kurang daripada lampu kalimantang biasa dan mempunyai jangka hayat 10 kali juga. Penukaran kepada lampu ini dapat menjimatkan tenaga. bilik atau kawasan tertentu tidak digunakan.

* Bersihkan lampu dengan kerap. Lapisan habuk boleh melitupi sehingga 50% pengeluaran tenaga.

* Warna yang cerah memantul lebih banyak cahaya. Merancang perhiasan dalaman rumah dan pejabat boleh membantu penjimatan tenaga.

* Keluarkan palam bagi peralatan elektrik yang tidak digunakan. Kebanyakan peralatan ini, terutamanya komputer, TV dan VCR mengambil tenaga elektrik walaupun suisnya telah ditutup. Jika dinding di rumah atau pejabat tidak ditebat, gunakan perkakas berat seperti rak-rak buku, dan sofa untuk diletakkan sekitar kawasan ini. Ini akan membantu mencegah kemasukan haba daripada luar dan kehilangan kesejukan dari dalam bangunan.

* Jika anda keluar dari rumah untuk jangkamasa yang panjang, pastikan untuk menutup semua perkakas elektrik yang boleh di tutup.

* Melaburlah dengan membeli peralatan elektrik yang mempunyai kemampuan 'Cekap Tenaga'. Wang yang dijimatkan melalui penjimatan tenaga ini dapat memulangkan kos pelaburan tersebut dalam beberapa tahun.

* Sila baca Label Panduan Tenaga dengan betul. Pastikan anda membanding alatan yang setara. Penggunaan tenaga mempunyai perbezaan yang besar dalam jenama yang sama. Jangan tertipu dengan jualan murah dan janji daripada promoter.

* Beli peralatan yang sesuai untuk keluarga adalah penting. Pembelian yang melebihi keperluan keluarga akan menyebabkan pembaziran wang dan juga penggunaan tenaga.

* Jika peralatan elektrik melebihi 10 - 15 tahun. Praktiskan penukaran semula kepada peralatan baru yang cekap tenaga.

* Pastikan label "EnergyStar" ada pada peralatan cekap tenaga. Ini menunjukkan persijilan daripada pihak-pihak kerajaan atau pensijilan menbuktikan peralatan ini menggunakan tenaga elektrik secara cekap. Jika peralatan tersebut buatan Malaysia, lihat label "Cekap Tenaga" yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga.



dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna
Petua Seharian @Petuaseharian.blogspot.com

24 May 2011

Cara Menghalau Nyamuk


Tumbuklah beberapa helai daun limau, kemudian letakkan didalam bekas (piring/pinggan). 
Letakkan piring tersebut ditempat yang banyak nyamuk terutama di tempat yang gelap..




Menghalau Semut Dalam Gula Pasir


Ambil cili kering dalam 2 atau 3 biji, masukan kedalam bekas yang korang simpan gula tu, semut2 tu akan lari keluar..cuba laa


23 May 2011

Cara Menajamkan Gunting


CARANYA.. Gunting beberapa helai daun sirih satu persatu.
Anda akan dapati gunting yang tumpul itu akan tajam semula. 


Cara untuk menajamkan mata pengisar, 
CARANYA.. ialah mengisar garam selama beberapa ketika. Amalkan langkah ini setiap bulan. 
Hasilnya mata pengisar akan sentiasa tajam.


Cara Atasi Singki Tersumbat


- Bagi mengatasi masalah singki tersumbat, ambil segenggam garam kasar & letakkan dilubang singki. Gunakan air yang sedang mendidih dan tuangkan ke dalam singki tersebut. 

InsyaAllah singki tidak akan tersumbat lagi.


Cara Mengembalikan Sinar Pada Barang Tembaga


- Ambil kulit nanas & campurkan dengan pasir. Gosokkan pada barang tembaga tersebut. Selepas itu jirus dengan air bersih. 

Hasilnya ia lebih berkilat dan berkilau...   ~**A**~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...