Showing posts with label PETUA WAJAH. Show all posts
Showing posts with label PETUA WAJAH. Show all posts

10 July 2014

Tips Bibir Merah

Jaga bibir supaya sentiasa sihat

Ramai wanita kurang memberi tumpuan kepada bibir kerana merasakan ia tidak penting seperti penjagaan kulit wajah. Sedang­kan bibir aset berharga yang harus diberi perhatian.

Ini kerana bibir yang cantik dan sihat apabila ia tidak kering dan mengelupas. Namun, untuk mendapatkan bibir yang lembap haruslah mengikut rutin penjagaan di bawah. Antaranya:  - petuaseharian.blogspot.com

• Tabiat menyapu pelembap bibir setiap kali keluar rumah mungkin mudah bagi anda, tetapi sebenarnya ini asas paling penting dalam rutin penjagaan bibir. Pastikan bibir tidak basah supaya pe­lembap bibir boleh disapu dengan sempurna. Sapuan pelembap bibir juga berfungsi untuk melindungi bibir daripada kesan cahaya matahari.

• Untuk mendapat­kan bibir yang seksi, bukanlah sesukar mana, hanya teknik solekan yang perlu dipelajari dan warna gincu yang tepat. Walaupun hasilnya sementara, namun ia meninggalkan kesan kepada si pemakai.

• Sebelum tidur, kesat dan bersihkan semua kesan gincu dengan penang­gal solekan, kemudian ambil kain lembut yang dibasahkan dan gosok perlahan-lahan pada permukaan bibir. Ini untuk menanggalkan semua sel mati di permukaan bibir. Gosok sehingga bibir terasa lembut dan licin. Sapukan nipis produk rawatan bibir atau serum bibir dan biarkan semalaman.

• Tabiat menggigit dan menjilat bibir sebenarnya menyebabkan bibir mengelupas. Elakkan menjilat bibir. Jika bibir terasa kering, segera sapu salap bibir sekerap mungkin sepanjang hari.

• Sapukan salap bibir mengandungi pelindung matahari sebelum memakai gincu atau gincu mengandungi SPF ketika melakukan aktiviti di luar rumah. Bibir yang sering dijaga dan diberi rawatan akan menjadikan kulit bibir kemerahan, lebih lembut dan lembap. Kesan­nya, bibir menjadi lebih sihat, menarik dan seksi.

• Petua Melayu lama ­jangan dilupa. Sebelum tidur sapukan madu lebah pada bibir untuk mendapatkan bibir yang kemerah-merahan dan kekal lembap sepanjang hari.

• Hanya dengan sapuan pengilat bibir, bibir sudah tampak cantik menawan. Sekiranya anda berasakan bentuk bibir kurang sempurna, jangan berasa rendah diri.

• Ikuti petua lama ­dengan merendam uncang teh dalam air panas. Biarkan seketika sehingga menjadi suam lalu ditekap pada bibir selama tiga minit. Ini akan meningkat­kan kelembapan pada kulit bibir anda.

• Untuk melembapkan bibir, buat masker dengan jus betik yang pekat. Sapukan dengan lembut dan gosok perlahan-lahan di sekitar bibir. Biarkan selama 10 hingga 15 minit, basuh dan sapukan salap bibir. Betik memiliki kandungan enzim yang berfungsi menanggalkan sel kulit mati serta menghaluskan bibir.

• Bersihkan gincu yang melekat pada bibir sebelum tidur dengan pembersih khusus bibir dan jangan lupa sapukan pelembap bibir sebagai perlindungan.




Petua seharian petuaseharian.blogspot.com

23 March 2012

Panduan penjagaan bibir



  • Sapukan salap bibir mengandungi pelindung matahari sebelum memakai gincu atau gincu mengandungi SPF ketika melakukan aktiviti di luar rumah. Penjagaan yang baik dan sering diberi rawatan, kulit bibir berwarna kemerahan, lebih lembut, dan lembap. Kesannya, bibir akan lebih sihat, menarik dan seksi serta berwarna merah jambu serta semulajadi.

  • Sebelum tidur sapukan madu lebah pada bibir untuk mendapatkan bibir yang kemerah-merahan dan kekal lembap sepanjang hari.

  • Elakkan menggit, menjilat dan menyapu dengan lidah kerana ini hanya akan membuatkan bibir kering.

  • Hanya dengan sapuan pengilat bibir, bibir sudah tampak cantik menawan. Sekiranya anda berasakan bentuk bibir kurang sempurna, jangan berasa rendah diri.

  • Untuk mendapatkan bibir yang seksi, bukanlah sesukar mana, hanya teknik solekan yang perlu dipelajari dan warna gincu yang tepat. Walaupun hasilnya sementara, ia pasti memuaskan hati dan memukau mata yang memandang.  


22 May 2011

Cara Melicinkan Kulit


Tomato dan epal boleh digunakan untuk melicinkan kulit. 
- Caranya, parut tomato atau epal yang cukup masak,
- Kemudian gosokkan perlahan-lahan pada wajah dan leher. Gelatin pada tomato boleh menghilangkan parut. 
- Biarkan selama 20 minit dan selepas itu cuci dengan air suam. 

Amalkan selalu untuk hasil yang memuaskan. 


Cara Serikan Kulit Wajah


- Ambil segenggam kacang hijau, dikisar halus lalu dicampur sedikit kuning telur.
- Kacau hingga rata ramuan tadi dan disapu pada muka perlahan-lahan. Setelah lebih kurang 15 minit, basuh muka dengan menggunakan air suam. 
Hasilnya kulit muka akan cerah dan berseri.



Petua Memerahkan Bibir


Petua 1 : 
- Sapukan madu asli pada bibir tiap-tiap malam sebelum masuk tidur.
Amalkan selalu. Insyaallah bibir anda akan merah seperti memakai gincu. 


Petua 2 : 
- Tumbuk seketul halia hingga hancur. Perah airnya, campur kuning telur ayam kampung dan makan setiap pagi dan malam. 
Bibir pucat akan menjadi merah seperti delima merekah.


Cara Melembapkan Muka


Ambil beberapa kelopak kobis, tumbuk hingga lumat. Kobis tadi dicampurkan dengan madu. Tempekkan pada muka. Amalkan selama seminggu dan anda akan merasakan perbezaan pada kulit anda. Kulit anda akan menjadi lebih lembut dan masalah kulit kering akan diatasi.


Bibir Sentiasa Berseri


Ambil :-
- 1/3 cawan air kunyit hidup, 
- 1/3 cawan santan kelapa yang pekat, dan 
- sedikit garam. 
Campurkan semua ramuan tersebut dan kacau rata-rata, minumlah setiap pagi. Dalam masa yang singkat, anda dapat melihat hasilnya...




Cara Menegangkan Kulit Muka


Petua 1 : 
- Ambil tepung ubi kayu dan timun. Timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. --- Kemudia campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair. 
- Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering .
- Kemudian basuh.
Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar. 


Petua 2 : 
- Campurkan sedikit bedak sejuk dan beberapa titik air limau nipis. Bancuhlah bersama sedikit air dan sapukan ke muka. Kulit akan terasa pedih sedikit. 
Amalkan dalam masa seminggu untuk melihat perubahannya.


Cara Menghaluskan Kulit Muka

Petua 1 : Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utk membersihkan kulit.

Petua 2 : Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepong ubi. Kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. Pupurkan kepada muka yang telah dibersihkan. Biarkan ia mengering lebih kurang lima belas minit. Selepas itu barulah dibilas.

Petua 3 : Didihkan susu segar atau pun susu tepung bercampur air. Biarkan ia sejuk lalu disapukan kepada muka. Biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih.


Cara Atasi Wajah Berkedut


Jika kulit wajah anda berkedut, langkah berikut mungkin boleh menjadi penyelesaian:-
- Ambil satu biji kuning telur, satu sudu kecil minyak zaitun dan lima titis perahan limau nipis. 
Gaul sebati dan sapukan ke wajah anda. Biarkan selama 20 minit dan kemudian bilas dengan air hangat. Lakukan secara teratur seminggu sekali. 

Pasti kulit wajah terasa lebih segar dan tidak berkedut lagi...


Cara Hilangkan Bintik Hitam Pada Muka


Dapatkan 10 helai daun pegaga, cuci dengan air garam kemudian ditumbuk halus. Campurkan dengan bedak sejuk yang telah dicampurkan dengan air suam.Amalkan memakainya pada muka setiap malam dan cuci pada keesokan hari. Lakukan sehingga bintik-bintik hitam hilang.


Cara Menaikkan Seri Muka


- Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke-3. Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit berlalu. 

Amalkan selalu...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...