10 Tip Ketika Bertengkar
1. Anda orang dewasa yang sebenar. Ketika bertengkar, cuba bertenang dan jangan menjerit seperti kanak-kanak atau bersifat degil.
2. Anda dengar terlebih dahulu apa yang hendak dikatakannya. Sekiranya ada orang lain di situ menjelaskan keadaan, sila dengar dan fahaminya. Jangan melawan cakap orang tersebut, nanti anda melibatkannya pula.
3. Anda bercakap dengan nada suara yang rendah. Jika anda meninggikan suara, dia hanya mendengar pekikan suara anda. Dia atau orang lain yang ada di situ, pasti tidak faham malah tidak ambil peduli kata anda.
4. Anda tumpukan topik atau isu yang berbangkit. Apabila anda bercakap di luar topik yang tidak berkaitan, anda sebenarnya menambahkan masalah. Anda fokus topik yang berkaitan sahaja dan elakkan mengungkit.
5. Anda fikir dahulu sebelum bercakap. Bak kata orang tua, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata binasa.
6. Masa untuk tenangkan hati. Jika perlu, anda pegi ke mana-mana sehari dua dan tenangkan hati anda.
7. Anda faham setiap maksud kata-katanya. Apabila anda memahami maksud katanya, anda dapat menyelesaikan masalah dengan lebih mudah.
8. Anda bertengkar bukan hendak menang, tapi hendak menyelesaikan masalah. Pertengkaran bukannya pertandingan untuk menjadi juara berbahas.
9. Anda alihkan perhatiannya dengan membuat jenaka. Tetapi awas, jenaka yang berpada-pada sahaja.
10. Anda diam, dengar dan biarkan dia begitu sahaja. Biar dia luahkan apa yang dia rasa dan anda menjadi pendengar yang setia. Pertengakaran pasti tidak menjadi.