22 February 2014

Cara Elak Seluar Jeans Buruk

Tips penjagaan seluar jean

Hampir semua orang memiliki seluar jean. Tidak kiralah warna apa sekalipun, malah kepelbagaian bentuk potongan boleh didapati di pasaran antaranya 'straight cut', 'boot cut', 'skinny', 'bell bottom' dan banyak lagi. Tetapi tidak semua tahu mengenai penjagaan seluar jean bukan? Mungkin ada di antara kita sesuka hati campur aduk ketika membasuhnya tanpa mengambil kira jenis material. Jadi, di sini Petua Seharian ingin kongsi tips penjagaan seluar jean agar tidak kelihatan lusuh / buruk : - petuaseharian.blogspot.com

ASINGKAN JEANS KETIKA MENCUCI 

JANGAN campur adukkan jeans dgn pakaian-pakaian lain ketika mencuci.. Ini adalah utk mengelakkan kerosakkan pada tekstur jeans tersebut.. Lebih malang lagi kalau pakaian yang bercampur-aduk tu jenis mudah luntur warnanya.. Memang nahaslah jawabnya jeans korang-korang 

MENCUCI BAHAGIAN LUAR & DALAM 
Ketika mencuci jeans, anda perlu mencucinya bukan sahaja di bahagian luar tetapi juga di bahagian dalam.. Ini penting utk mengekalkan warna & ciri-ciri pada jeans kesayangan anda.. Jadi basuhlah dgn tangan. 



ELAK GUNA BAHAN KIMIA 
Perlu ingat! JANGAN sesekali menggunakan sebarang bahan kimia selain sabun pencuci biasa utk mencuci jeans.. Bahan kimia kemungkinan boleh merosakkan tekstur jeans.. Warna asal jeans juga akan berubah sekiranya anda menggunakan bahan kimia yang salah. 



KATAKAN TIDAK PADA MESIN PENGERING
Mungkin ramai korang-korang di luar sana tidak mengambil peduli mengenai hal ini.. Ala, remeh-temeh jer kan.. Tetapi ingat! Salah satu perkara yang boleh merosakkan jeans korang-korang adalah mesin pengering kerana ini akan merengangkan dan merosakkan helaian-helaian tekstur asal jeans anda 



ELAK MENJEMUR DI BAWAH TERIK MATAHARI 
Rasanya ramai yang melakukan cara ini sebab nak bagi cepat kering.. Betul tak? JANGAN! Kerana boleh menyebabkan jeans mengecut & rosak dgn cepat.. Sebaliknya pilihlah tempat yang lebih redup. 


GANTUNG & ANGINKAN 
Untuk pengeringan jeans setelah dicuci, gantung di tempat yang redup & mempunyai pengaliran udara yang sempurna.. Kaedah towel dry adalah yang terbaik bagi mengeringkan jeans iaitu menggantung tanpa melipatkannya





Petua Seharian @ Petuaseharian.blogspot.com

01 February 2014

Perkara Perlu Dielakkan Di Facebook Dan Twitter

10 Perkara Perlu Dielakkan Semasa Menggunakan Facebook Dan Twitter

1. Mendedahkan Tarikh Lahir
2. Mendedahkan Nama Ibu
3. Mendedahkan Alamat Rumah
4. Mendedahkan Ketiadaan Di Rumah
5. Memuatnaik Gambar Sulit
6. Pengakuan Rasa Yang Melampau
7. Mendedahkan Telefon
8. Countdown Percutian
9. Mendedahkan Kedudukan Terkini
10. Memuatnaik Gambar Dalam Rumah


           

Petua Seharian @ petuaseharian.blogspot.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...