13 March 2014

Cara Menghidupkan Kereta Apabila Bateri Lemah



Pemilik kereta akan berasa gelabah apabila keretanya tidak boleh dihidupkan kerana bateri lemah atau ada masalah lain pada enjin. Kegelisahan bertambah ketara apabila masalah itu berlaku ketika anda terburu-buru untuk ke pejabat, temu janji atau memenuhi hospital.

Ada sebab mengapa enjin tidak dapat dihidupkan walaupun kunci sudah diputar ke arah ‘start’. Enjin tidak dapat dihidupkan kerana bateri dan atau motor starter dalam keadaan rosak, biasanya enjin dapat start dengan prosedur berikut : - petuaseharian.blogspot.com 



Kaedah 1 - Tolak Kenderaan
Hidupkan enjin dengan menolak kenderaan bagi kereta manual meskipun bateri dalam keadaan lemah (bateri boleh bunyikan hon atau nyalakan lampu besar)

Pertama, nyalakan suis kemudian mintalah bantuan dua atau tiga orang untuk menolak kenderaan anda ke depan. Pastikan gear berada pada gear dua atau gear tiga dan tekan pedal ‘clutch’.

Apabila kenderaan sudah berjalan cukup cepat, maka lepaskan pedal ‘clutch’. Apabila enjin sudah dapat berfungsi, pijak segera pedal minyak sedikit untuk meninggikan putaran enjin.

Jika masih tidak dapat dihidupkan, minta bantuan mereka yang berpengalaman menghidupkan kereta menggunakan teknik ini. Apapun, teknik ini tidak dapat digunakan untuk kereta automatik.



Kaedah 2 - Pertolongan Bateri Dari Kenderaan Lain
Satu lagi cara ialah dengan menghidupkan enjin dengan pertolongan bateri dari kenderaan lain. Jika ada kenderaan lain dengan bateri yang baik dan tersedia kabel (jumper) yang cukup panjang, maka enjin dapat dihidupkan dengan menghubungkan terminal positif dengan positif dan negatif dengan negatif dari kedua-dua kenderaan itu.

Bagi kenderaan yang saiz CC besar, kabel yang bersaiz agak besar diperlukan. Selepas terminal positif dan negative bateri kedua-dua kenderaan disambungkan, biarkan dahulu dalam lingkungan 5 minit.

Kemudian pusingkan ‘start’ enjin seperti biasa. Pasti ia akan berjaya dihidupkan.




Petua Seharian @ Petuaseharian.blogspot.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...