01 June 2016

Ini akan jadi jika selalu tengking anak

Mendidik dan membesarkan anak bukan satu yang mudah. Selain kasih sayang, ibu bapa juga perlukan kesabaran yang tinggi untuk berdepan dengan tingkah laku anak.

Tatkala berdepan dengan kerenah anak yang tidak berkenan di mata, kesabaran ibu bapa ada masa terhakis juga. Memukul mungkin tidak tapi ramai ibu bapa hari ini yang menjerit dan menengking anak.

Anak yang setiap hari dihadapkan dengan cara didikan ibu bapa yang menjerit dan menengking ini sebenarnya memberi kesan negatif pada perkembangan diri mereka dalam jangka masa panjang. Antaranya adalah seperti berikut.   - petuaseharian.blogspot.com

1. Memberontak

Anak memerlukan dorongan positif dalam hidup, mereka perlu diberi peluang untuk meneroka dan mencuba perkara baru. Tegahan dan sikap ibu bapa yang selalu marah dan melarang sebenarnya akan membuat mereka tertekan secara emosional dan sampai satu tahap tak mustahil dirinya memberontak.

2. Menakutkan anak

Ibu bapa mungkin bercakap dengan anak dalam nada tinggi dengan maksud untuk memberi peringatan. Tapi sebenarnya bagi anak-anak kecil ia menjadi pengalaman yang menakutkan dan mengancam keselamatan mereka. Malah boleh menimbulkan perasaan trauma.  

3. Jadi sebahagian sikap anak

Anak meniru perbuatan orang tua mereka. Jika ibu bapa membesarkan anak dengan persekitaran penuh jeritan  maka anak juga akan dibentuk dengan sikap demikian.

Tak mustahil anak tak rasa satu kesalahan bercakap dengan ibu bapa dengan nada suara yang tinggi. 

4. Hilang keyakinan diri

Akibat selalu dimarah, ditegah dan ditengking lama kelamaan keyakinan diri anak terhakis. Dia jadi rendah diri dan sentiasa takut untuk berdepan perkara baru.

5. Masalah tingkah laku

Anak yang kerap dijerit dan ditengking membesar menjadi seorang yang kasar, kurang sabar dan amarah. Mereka mungkin akan dilihat oleh orang luar sebagai bersikap kurang ajar.

Ibu bapa sudah tentu tidak mahu anak berakhir dengan semua sikap negatif ini, jadi sebaiknya hentikan kebiasaan sukar menjerit dan menengking anak. Sentiasa ingat kesan ini setiap kali hendak bersuara pada anak.


Petua Seharianpetuaseharian.blogspot.com




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...