Bagaimana untuk jimat wang ketika bercuti?
Tibalah masa anda merancang untuk percutian keluarga. Selesa
dengan percutian di rumah atau ingin ke destinasi menarik?
Percutian di rumah juga merupakan satu pilihan baik untuk
menghabiskan masa bersama keluarga dan rakan-rakan tanpa memikirkan stress
perjalanan.
Jika anda bernasib baik dapat melarikan diri daripada
kesibukan kerja, anda masih boleh mempunyai percutian yang hebat bersama
keluarga. Nikmati percutian mengikut kemampuan dengan mengamalkan perkara-perkara
berikut:
- Buat bajet untuk
percutian anda
- Teliti
perbelanjaan yang dibuat
- Amalkan
perbelanjaan berhemat ketika bercuti
Berikut adalah sebahagian daripada langkah-langkah mudah
yang boleh membantu anda menjimatkan wang untuk percutian keluarga anda: - petuaseharian.blogspot.com
Penginapan
- Gunakan
perkhidmatan diskaun dalam talian (online) untuk mendapatkan kadar bilik hotel
yang lebih murah.
- Pertimbangkan
pilihan lebih murah, contohnya bermalam di Hotel 2 bintang berbanding di Hotel
3 bintang.
- Bermalam di
rumah rakan atau saudara secara percuma.
Makanan
- Jika anda
memandu, sediakan makanan dan minuman sebagai bekalan di dalam kereta atau
semasa di tempat rehat.
- Makanlah di
restoran yang murah dan bersih.
- Pilih untuk memasak
ketika dalam percutian.
- Jika anda makan
di restoran, semak resit restoran untuk pastikan yang anda dicaj dengan harga
yang betul.
Melancong
- Buat pelan
perjalanan lebih awal.
- Jika memandu,
servis dahulu kereta sebelum memulakan perjalanan. Memandu sendiri lebih
ekonomi bagi anda yang berkeluarga.
- Jika menaiki
kapal terbang, tempah tiket ketika musim promosi. Jangan bawa barangan yang
banyak untuk mengelakkan kes muatan tambahan.
Membeli belah
- Beri keutamaan
kepada percutian anda dan bukan pada membeli belah.
- Jika membeli
belah, tawar-menawarlah untuk mendapatkan harga yang murah dan terbaik.
- Semak harga
sebelum membuat apa-apa pembayaran.
Rekreasi
- Rancang aktiviti
yang ingin dilakukan ketika bercuti. Beli tiket secara online untuk mendapatkan
harga yang murah dan elakkan dari membuang masa menunggu di kaunter.
- Cari tempat
tarikan pelancong yang percuma atau murah. Taman permainan, muzium, atau zoo
antara tempat pelancongan yang murah.
Tip-tip lain
- Berjalan kaki
ialah cara yang menarik untuk meninjau sesuatu tempat dan mengambil gambar.
- Bercutilah
ketika bukan waktu puncak. Ianya lebih murah dan tiada kesesakan.
- Minta bantuan
penduduk tempatan untuk ke destinasi yang menarik.
Petua seharian petuaseharian.blogspot.com