Jaga bibir supaya sentiasa sihat
Ramai wanita kurang memberi tumpuan kepada bibir kerana
merasakan ia tidak penting seperti penjagaan kulit wajah. Sedangkan bibir aset
berharga yang harus diberi perhatian.
Ini kerana bibir yang cantik dan sihat apabila ia tidak
kering dan mengelupas. Namun, untuk mendapatkan bibir yang lembap haruslah
mengikut rutin penjagaan di bawah. Antaranya: - petuaseharian.blogspot.com
• Tabiat menyapu pelembap bibir setiap kali keluar rumah
mungkin mudah bagi anda, tetapi sebenarnya ini asas paling penting dalam rutin
penjagaan bibir. Pastikan bibir tidak basah supaya pelembap bibir boleh disapu
dengan sempurna. Sapuan pelembap bibir juga berfungsi untuk melindungi bibir
daripada kesan cahaya matahari.
• Untuk mendapatkan bibir yang seksi, bukanlah sesukar
mana, hanya teknik solekan yang perlu dipelajari dan warna gincu yang tepat.
Walaupun hasilnya sementara, namun ia meninggalkan kesan kepada si pemakai.
• Sebelum tidur, kesat dan bersihkan semua kesan gincu
dengan penanggal solekan, kemudian ambil kain lembut yang dibasahkan dan gosok
perlahan-lahan pada permukaan bibir. Ini untuk menanggalkan semua sel mati di
permukaan bibir. Gosok sehingga bibir terasa lembut dan licin. Sapukan nipis
produk rawatan bibir atau serum bibir dan biarkan semalaman.
• Tabiat menggigit dan menjilat bibir sebenarnya menyebabkan
bibir mengelupas. Elakkan menjilat bibir. Jika bibir terasa kering, segera sapu
salap bibir sekerap mungkin sepanjang hari.
• Sapukan salap bibir mengandungi pelindung matahari sebelum
memakai gincu atau gincu mengandungi SPF ketika melakukan aktiviti di luar
rumah. Bibir yang sering dijaga dan diberi rawatan akan menjadikan kulit bibir
kemerahan, lebih lembut dan lembap. Kesannya, bibir menjadi lebih sihat,
menarik dan seksi.
• Petua Melayu lama jangan dilupa. Sebelum tidur sapukan
madu lebah pada bibir untuk mendapatkan bibir yang kemerah-merahan dan kekal
lembap sepanjang hari.
• Hanya dengan sapuan pengilat bibir, bibir sudah tampak cantik
menawan. Sekiranya anda berasakan bentuk bibir kurang sempurna, jangan berasa
rendah diri.
• Ikuti petua lama dengan merendam uncang teh dalam air
panas. Biarkan seketika sehingga menjadi suam lalu ditekap pada bibir selama
tiga minit. Ini akan meningkatkan kelembapan pada kulit bibir anda.
• Untuk melembapkan bibir, buat masker dengan jus betik yang
pekat. Sapukan dengan lembut dan gosok perlahan-lahan di sekitar bibir. Biarkan
selama 10 hingga 15 minit, basuh dan sapukan salap bibir. Betik memiliki
kandungan enzim yang berfungsi menanggalkan sel kulit mati serta menghaluskan
bibir.
• Bersihkan gincu yang melekat pada bibir sebelum tidur
dengan pembersih khusus bibir dan jangan lupa sapukan pelembap bibir sebagai
perlindungan.
Petua seharian petuaseharian.blogspot.com