27 October 2016

Cara Harum & Wangikan Bilik Tidur

petuaseharian.blogspot.com 
Petua Harumkan dan Wangikan Bilik Tidur

Bagi yang suka mencari kaedah lain daripada kebiasaan sememangnya ada cara yang mudah tanpa perlu mengeluarkan belanja mahal untuk membeli minyak wangi demi mengharumkan bilik tidur. Cuba amalkan panduan berikut : -

• Belah beberapa biji limau kasturi dan letakkan di setiap sudut dalam bilik. Aroma atau haruman daripada limau akan menyegarkan suasana bilik tidur anda.

• Jika terdapat banyak daun pandan di sekeliling rumah anda, cuba manfaatkan untuk dijadikan haruman bilik. Hiris daun pandan kepada potongan-potongan kecil dan letakkan di dalam bekas yang sesuai atau bungkus di dalam kain jarang. Letakkan pada sudut bilik atau gantungkan seberapa banyak yang boleh di beberapa lokasi strategik. Haruman pandan akan mengisi ruang bilik anda. Diulang.. bilik anda, bukan bilik saya hehe..

• Campurkan beberapa bunga-bungaan wangi termasuk daun pandan. Potong kecil-kecil kesemuanya dan jadikan seperti bunga rampai. Alah.. bunga yang selalu orang baling-baling kat pengantin baru tu. Letakkan di sekeliling bilik. Hasilnya, bilik akan terasa harum dan menyegarkan. Sebagai bonus, bila hidu bau bunga rampai tu secara tak langsung kita akan terasa macam pengantin baru juga.





search related: petua wangikan bilik, wangikan bilik, petua wangikan bilik tidur, petua wangikan rumah, petua wangikan bilik air, PETUA DAUN PANDAN, LIMAU KASTURI, Petua Wangikan Bilik, TIPS HARUMAN,tips wangikan bilik, Petuaseharian.blogspot.com Petua Seharian


21 October 2016

Tips Melancong Di Dalam Negara Yang Menguntungkan

petuaseharian.blogspot.com 
Malaysia pun 'best'

Hilai tawa si kecil saat bermain pasir di tepi pantai cukup menghiburkan. Se­nyuman puas yang terukir di bibir mereka menjadi detik cukup indah kepada ibu bapa.

Hilang segala keletihan dek terperuk di hutan konkrit dan dibebani tugasan kerja yang bagaikan tiada penghujung.

Bercuti bersama keluarga sangat baik untuk memulihkan emosi dan ikatan kekeluargaan. Namun, kekangan masa dan kos percutian yang tinggi di dalam negara membuatkan ramai terpaksa menangguhkannya.

Ramai juga memilih bercuti di luar negara kerana berpendapat kosnya lebih rendah berbanding bercuti di dalam negara.

Hakikatnya, perancangan bijak membuatkan bercuti di dalam negara lebih murah dan selesa.

Jom semak tip melancong di dalam negara yang menguntungkan!

Jangan bercuti ketika waktu puncak

Untuk memperoleh percutian lebih murah dan tenang, elak bercuti ketika waktu puncak iaitu pada musim cuti sekolah, perayaan atau hujung minggu.

Ketika itu, harga bilik, penerbangan dan hampir semua perkhidmatan terutama di destinasi pelancongan popular lebih mahal daripada biasa.

Memilih waktu bukan puncak sangat menguntungkan kerana ia lebih murah, malah anda tidak perlu bersesak menyebabkan percutian lebih tenang dan mendamaikan.

Tempah penginapan lebih awal

Menempah penginapan awal bukan saja lebih murah, malah dapat mengelak masalah hotel penuh terutama pada musim cuti.

Dengan kecanggihan teknologi, aplikasi dan laman enjin carian hotel yang pelbagai memberi peluang kepada anda memilih hotel mengikut bajet.

Hanya bayar sedikit deposit, anda sudah ada lokasi penginapan di destinasi diingini. Menariknya, jika rajin mencari, anda berpeluang mendapat diskaun hebat. Pastinya ia menguntungkan bukan?


Ketahui waktu terbaik mengunjungi destinasi percutian

Walaupun Malaysia bukan negara empat musim, kita mempunyai musim tengkujuh dan panas.

Musim tengkujuh biasa dialami sekitar November hingga Mac setiap tahun. Saat ini, angin kuat dan hujan lebat melanda pantai timur Semenanjung. Ketika itu bercuti di pulau atau melakukan aktiviti pantai dilarang.

Jika ingin berkelah di pantai pada waktu itu, anda boleh memilih pantai barat.


Bercuti di destinasi kurang dikunjungi ramai

Memilih destinasi kurang dikunjungi menawarkan keistimewaan tersendiri terutama dari segi harga dan perkhidmatan.

Di negara ini, banyak destinasi menarik, tetapi kurang dikunjungi terutama mereka yang ingin bercuti bersama keluarga dan kanak-kanak.

Apa kata anda menggunakan peluang itu dengan membawa keluarga. Yang pasti, anda bebas melakukan sebarang aktiviti diingini.

Menaiki pengangkutan awam

Bercuti menggunakan kereta sendiri memudahkan anda bergerak. Namun, menggunakan pengangkutan awam juga punya keseronokan serta pengalaman menarik tersendiri.

Menaiki bas atau terbaru perkhidmatan kereta api elektrik (ETS) dengan masa perjalanan lebih pantas mendekatkan kita dengan negeri yang menjadi persinggahan.

Kemudahan di dalam ETS seperti kantin, surau, tandas dan televisyen memberi keselesaan. Yang pasti, tiada kesesakan lalu lintas perlu ditempuhi ketika dalam perjalanan.


Rasai keseronokan aktiviti masyarakat tempatan

Adat dan budaya sesuatu tempat berbeza. Ini peluang anda mencuba perkara baru dan pelajari budaya masyarakat setempat.

Setiap negeri ada sajian tersendiri dan aktiviti yang hanya dilakukan di tempat itu. Ambil peluang ini untuk merasai keenakan hidangan tempatan yang enak itu.

Pada masa sama, sertai aktiviti penduduk tempatan yang bukan saja membuat­kan percutian anda seronok, malah me­nyimpan kenangan manis yang berharga.



Petua Seharian @ petuaseharian.blogspot.com

19 October 2016

Panduan Servis Maintenance Kereta

petuaseharian.blogspot.com 
Tips Servis Kereta Yang Mudah Untuk Wanita Berkereta

Tips mudah untuk servis kereta

Kepada orang perempuan, anda sebenarnya boleh menjimatkan duit anda masa servis kereta..

BASIC SERVIS kereta adalah

1. Penukaran minyak enjin + tukar penapis minyak 

2. Cuci atau tukar penapis angin (air filter ; biasanya benda ni tahan lama.. 6 7 8 kali servis baru tukar sekaliair filter ni)

3. Periksa & top up air bateri (kalau nak tukar bateri yg baru ambil jenis jenis Century ; bateri kereta Century air bateri lambat surut & bateri ni tahan lama)
Kos basic servis di workshop 
Minyak enjin (20-50W) RM50 - 60 ++ 
Oil filter RM10-RM13 
Top up battery water (biasanya free atau termasuk dlm labour charge) 

Labour charge RM15 - RM 25
Kalau suruh kawan2 anda yg lelaki buat sendiri 
(contoh kos servis sendiri utk kereta P. Wira) 
Anda pergi beli sendiri benda2 ni kat kedai spare part 
Minyak enjin (Castrol 20-50W) RM28  
Penapis minyak/Oil filter jika jenis proton standard baru RM8 satu.. 

Andaikan air filter tak yah tukar (elok lagi) 
Top up air bateri (air bateri RM1 - RM2 sebotol) boleh top up pakai balance air bateri kawan anda (free je) 
Labour charge - Belanja la kawan2 lelaki anda yg tolong servis kereta anda tu..
P/S : Bandingkan kos anda..


TIMING BELT 
Adalah mustahak timing belt ditukar setiap 60,000km (jenis proton standard, original proton parts) .. kalau anda pakai jenis Mitsubishi boleh tahan sampai 100,000km (hati-hati, kat kedaisparepart ada jual timing belt jenisMitsuboshi (brand tiruan @ cap ayam).. sekiranya timing belt enjin kereta anda kena air.. kena minyak enjin dgn banyak yg meresap melalui celah enjin (gasket enjin dah bocor), maka disarankan anda terus tukar timing belt kerana ketahanan getah tali ‘timing belt’ ini sudah berkurangan (tear & wear)..

Catatkan bacaan odometer reading di dashboard kereta anda supaya anda tahu bilakah perlu dilakukan pertukaran timing belt seterusnya. 

Contohnya sekiranya ‘clock’ odometer reading kereta anda mencatat kereta anda telah berjalan sejauh 165,433km maka pertukaran timing belt seterusnya perlu dilakukan apabila bacaan odometer kereta anda mencecah 225,433km.

Kegagalan untuk menukar timing belt pada masa yg disyorkan oleh mekanik boleh menyebabkan ianya putus di tengah jalan (apa lagi piston akan jammed, rod akan bengkok atau patah, blok enjin akan calar atau pecah...) duit anda akan terbang ratus2.. kena overhaul la jawabnya.. (kos baik pulih enjin kancil jika timing belt putus RM600++, Opel frontera RM2000 ++ (kos tukar timing belt Opel frontera ni baru RM400..)




Petua Seharian @ petuaseharian.blogspot.com

15 October 2016

Sebab-sebab anda merasakan kereta anda seolah-olah menjadi berat

petuaseharian.blogspot.com 
1. Jangka hayat palam pencucuh (spark plug) sudah tamat (tukar setiap 30,000km atau setahun sekali).

2. Penapis minyak petrol (petrol oil filter) tersumbat [minyak tidak dapat flow dengan lancar ke sistem pembakaran enjin (kaburator / suntikan minyak)] - setiap kali anda menukar timing belt, tukar penapis minyak petrol ini sekali.

3. Penapis angin (air filter) penuh dgn habuk / debu. Cuci atau tukar air filter ni. 

4. Tepet dalam locker enjin telah lari dari setting asal - buat pelarasan tepet setiap 1 tahun 6 bulan (jika kereta digunakan setiap hari untuk perjalanan jarak jauh) hingga 2 tahun sekali

5. Enapan karbon yang berlaku di dalam sistem pembakaran enjin telah banyak - cuci karbon setiap 2 tahun sekali (boleh buat di pusat Servis).

6. Brek cakera (disc brake) kereta anda tersangkut ; akibat sistem brek yang tidak pernah diperiksa & diservis - biasanya berlaku kejadian piston brek melekat (brake piston tak release balik discbrake selepas kita menekan brek). Pandu kereta perlahan-lahan (gunakan gear 1 atau gear 2) & anda boleh mendengar bunyi disc brake tersangkut / bergesel ini. Tukar minyak brek setiap 3 atau 4 tahun, brek pad tukar bila dah nak habis. **

7. Bearing roda @ tayar kereta anda telah rosak. (untuk kereta proton bearing roda kereta akan mula buat hal selepas 8 - 10 tahun usia kereta). Bunyi bising (berdengung) akibat kerosakan bearing roda kereta anda akan kedengaran bila anda memandu pada kelajuan 80km ke atas.

8. Minyak kotak gear (gear box oil) sudah sampai masa, tukar setiap 2 hingga 3 tahun [plat klac(clutch plate) tukar setiap 3 tahun sekali].

9. Tekanan angin dalam tayar kereta anda tidak mencukupi. 

10. Timing belt dan belting luar (tali sawat/kipas yang memusingkan 'fan', alternator kereta anda menjadi terlalu ketat. Periksa dan buat pelarasan timing belt atau belting luar ini semula (tanda belting luar terlalu ketat diketahui sewaktu menghidupkan enjin ; ada bunyi berdencit yg kedengaran).

11. Timing enjin kereta anda terlalu rendah atau telah lari dari setting asal. Buat pelarasan timing enjin kereta anda semula.

12. Mungkin berlaku masalah kerosakan di distributor. Periksa sekiranya terdapat kerosakan pada coil distributor kereta anda.

13. Bateri kereta anda sudah sampai masanya (perlu ditukar). Jangkahayat bateri biasanya lebih kurang dlm 2 tahun.

Cerita Pasal Nak 'Lowered' Kan (Bagi Rendah) Kereta TukarAdjustable Absorber & Sport Spring. 
Untuk kereta proton, jangka hayat sistem suspensi (gantungan)strut absorber (batang penyerap hentak) dan gelung spring adalah sehingga 5 hingga 7 tahun.. Ramai di antara kita akan memilih untuk menukar kepada jenis adjustable absorber (penyerap hentak jenis boleh laras contohnya jenama GAB), harga memang mahal.. atau bertukar kepada sport spring (contohnya jenamakimex). Setelah menukar penyerap hentak & gelung spring, ramai antara kita yang tidak berpuashati [rasa lagi keras lah, kereta terasa seperti bumpy (melompat-lompat) , lalu kat bonggol tak lepas, tidak selesalah] & akhirnya kembali memakai penyerap hentak & gelung spring proton standard. 

(Benda mcm absorbers dan spring ni kalau nak standard je elok pakai yg original protonpart. Tukar absorber jenis minyak, kalau jenis gas cepat jadi keras (3 tahun ++ saja).

P/S : * Kalau banyak duit tukar palam pencucuh jenis NGK G-Power - (harga mahal sikit).

Spark plug jenama Bosch Super 4 tidak disyorkan (pengalaman saya sendiri sudah pakai spark plug Bosch Super 4, lama kelamaan prestasi enjin lagi teruk).

** jika lampu isyarat amaran ( ! ) menyala walaupun anda telah melepaskan brek tangan, ini menunjukan minyak brek kereta anda telah berkurangan. Bawa ke bengkel untuk memeriksa kebocoran salur minyak pada sistem brek kereta anda.



Petua Seharian petuaseharian.blogspot.com

01 October 2016

Petua Selepas Bersalin

petuaseharian.blogspot.com 
Nenek moyang kita memang kaya dengan petua tradisionalJika diamalkan ia diakui memang memberikan kesan yang mengagumkan. Kepada ibu-ibu selepas bersalin, jom amalkan petua-petua berikut untuk kesejahteraan diri dan kecantikan luar dan dalam.

1. Segarkan badan
Semasa dalam pantang, ambil beberapa helai daun sirih dan daun pandan kemudian rebus bersama sedikit halba, bunga cengkih dan garam. Mandi dengan menggunakan air rebusan setiap pagi sehingga ke hari ke-40 selepas bersalin.

2. Naikkan seri wajah
Bersihkan beberapa ranting daun inai kemudian rebus dengan menggunakan api sederhana sehingga mendidih. Biarkan sejuk dan minum airnya segelas pada waktu pagi dan segelas pada waktu malam. Amalkan dua atau tiga hari seminggu.

3. Rawatan dalaman
Tumbuk kunyit hidup dan daun inai hingga lumat. Kemudian, perah dan ambil patinya lalu diminum pada waktu pagi. Lakukan selama tiga hari seminggu sepanjang waktu berpantang. Hasilnya, luka anda akan cepat sembuh dan wajah akan lebih berseri.

4. Kecutkan rahim
Ambil segenggam daun pegaga dan rebus bersama akarnya. Masukkan bersama pucuk pokok sepagi berdiri. Minum air rebusan tadi selama tiga hari berturut-turut setiap pagi.

5. Tambah susu badan
Ada setengah wanita yang baharu melahirkan anak menghadapi masalah kurang susu badan. Bagi mengatasi masalah ini, ambil daun kucai dan ikan bilis secukupnya dan rebus. Makanlah bersama nasi panas dan amalkan selalu.

6. Sembuhkan luka bersalin
Luka akibat bersalin sama ada bersalin secara normal ataupun pembedahan boleh disembuhkan segera dengan makan ikan haruan yang dibakar ataupun dibuat sup. Selain itu amalkan makan hempedu ikan haruan setiap hari bersama satu sudu besar madu lebah asli.
Selamat mengamalkan bagi wanita yg lepas bersalin.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...