24 April 2012

Cara Luruskan Rambut Kerinting


Rambut kerinting mudah kusut dan kurang menarik. Untuk cuba meluruskan rambut cubalah petua ini :

Parut sebiji kelapa tua, ambil santan perahan pertama menggunakan segelas air suam. Campurkan santan dengan perahan air limau nipis, kemudian simpan dalam peti sejuk. Gunakan santan ini sebagai krim rambut. Sapukan ke rambut dengan cermat kemudian cuci bersih. Cuba selama seminggu dan lihat hasilnya.


20 April 2012

Cara Memilih Ayam Segar

Daging ayam adalah salah satu sumber protein yang penting untuk tubuh badan manusia. Oleh yang demikian, anda dan keluarga perlu makan daging ayam sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Ketika memilih ayam di pasar, beberapa petua boleh diikuti. Antaranya :

• Warna daging segar selalunya berwarna putih kekuningan.

• Warna lemak seharusnya putih kekuningan dan merasa di bawah kulit ayam.

• Bau daging segar, jika anda berbau yang kurang menyenangkan, lupakan saja niat untuk memiliki ayam tersebut.

• Apabila dagingnya ditekan, daging yang segar akan kembali ke bentuk asal. Berbanding dengan daging ayam yang tidak segar, kesan jari anda akan kelihatan untuk beberapa ketika sebelum kembalik ke bentuk asal.

• Tidak ada bekas lebam kecuali lebam akibat pendarahan ketika penyembelihan.

• Bagi ayam yang siap dipotong, pastikan daging yang melekat di tulang ayam itu padat.

• Kulit ayam perlu kelihatan cantik. Tidak kelihatan robek atau terlalu banyak kesan luka.

• Pastikan juga kulit ayam yang anda pilih bersih dari sebarang bulu halus. Selalunya bakteria mudah terkumpul pada bahagian ini. Oleh kerana itu, adalah baik jika anda membuang kulit ayam sebelum dimasak.

• Jangan beli ayam yang terlalu banyak patah tulang.

• Jika daging ayam yang anda pegang berlendir dan lembut, bermakna ia tidak lagi boleh dikategorikan sebagai daging ayam yang segar.

Cara Rebus Telur Tidak Pecah



Merebus telur dalam jumlah yang besar seperti di hari perkahwinan, kadang-kadang menyebabkan telur banyak yang retak atau pecah. Bagi mengelakkan keadaan ini berlaku, masukkan dua genggam garam bersama telur semasa merebus. Maka telur akan masak dengan elok.

Petua Pilih Sayur Sayuran



Kubis - Pilih jenis yang ringan dan rongganya besar-besar.

Sawi - Pilih sawi yang berdaun lebar tetapi batangnya kecil.

Timun - Pilih timun yang lurus dan pangkalnya kurang warna hijau tua.

Tomato - pilih yang warnanya kehijau-hijauan sedikit.

Ubi keledek - Pilih buah yang lurus dan kulitnya putih bersih.

Bendi - Pastikan hujungnya lembut.


Cara Menghilangkan Rasa Pedih Pada Mata



Bawang adalah salah satu kemestian dalam masakan. Oleh itu untuk menghilangkan rasa pedih pada mata ketika mengupas dan menghiris bawang, cuba cara ini. Simpan bawang tersebut ke dalam peti sejuk terlebih dahulu. Atau anda boleh cuba rendamkan bawang tersebut ke dalam air sebelum mengupas dan menghirisnya. Tiada lagi rasa pedih mata bila menghiris bawang.


Cara Menghalau Semut

Menghalau semut dari gula..



Masukkan beberapa batang kulit kayu manis dan bunga cengkih ke dalam bekas berisi gula.



12 April 2012

Menghilangkan Lebam Mata


Petua 1 :  Teh uncang  yang telah digunakan jangan buang. Lekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur.

Petua 2 : Sapukan bahagian lebam itu dengan air perahan limau nipis. Lakukan beberapa kali.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...