23 August 2014

Rahsia Langsing Dalam Gambar Kahwin

Rahsia ‘Langsing’ Dalam Gambar Kahwin

Mengambil foto kenangan ketika majlis perkahwinan anda, memang perkara wajib. Walaupun begitu, selepas berbulan-bulan berdiet dan bersenam, bentuk badan anda masih tidak mencapai standard yang ditetapkan. Masih ada beberapa bahagian yang mahu ‘disembunyikan’ agar tidak kelihatan besar di dalam gambar. Apa perlu buat? Sedangkan andalah ‘highlight’ utama di dalam gambar. Takkan pula mahu bersembunyi di sebalik orang lain? Entri kali ini berkongsi rahsia bagaimana anda mahu tampak ramping ketika bergambar ketika hari bahagiamu.

Pertama sekali anda harus sempurnakan postur tubuh. Ketika berdiri mahupun ketika duduk, anda boleh nampak langsing. Dengan penjajaran tubuh yang betul, ia boleh membuatkan anda tampak dua atau tiga kilogram kurus daripada berat sebenar. Sebelum majlis perkahwinan anda, latih diri untuk membetulkan postur tubuh anda. Lakukan pergerakan ini tiga minit setiap sesi sebanyak lima kali sehari. Berdiri atau duduk dalam keadaan tegak.

Bayangkan seolah-olah anda mahu menegakkan tulang belakang anda. Pastikan dagu anda selari dengan tanah, dan garis telinga perlu seiring dengan bahu anda. Tarik nafas dan sentiasa pastikan perut ditolak ke belakang. Tegakkan belakang badan anda dengan ‘menaikkan’ dada dan tolak bahu ke belakang. Ketika ini, postur anda akan kelihatan seperti model yang berjalan di pentas peragaan. Jika anda merasa sakit pada belakang badan, bermakna latihan anda betul. Lama-kelamaan ia akan menjadi kebiasaan buat anda.

Ini rahsia tampak langsing dalam foto! Ketika bergambar, pastikan anda membuka ruang antara tubuh dan lengan. Jangan rapatkan lengan pada tubuh kerana ia akan menyebabkan badan anda tampak besar. Terbaik, bergayalah dengan tangan yang dicekakkan pada pinggang. Ketika bergaya begini, pastikan bucu siku anda berada pada sisi tubuh dan bukannya ke belakang tubuh. Anda juga boleh menggunakan props seperti bunga tangan untuk mengelak daripada bergaya dengan lengan rapat ke tubuh.

Elakkan dagu tampak berlapis dengan membenarkan juru foto mengambil gambar anda atas daripada paras mata. Bergaya begini akan membuatkan anda kelihatan seolah-olah ‘terhenyak’ dan menyembunyikan leher anda. Akibatnya, dagu kelihatan berlapis dan leher tidak kelihatan. Seeloknya ketika bergambar, tegakkan muka anda. Jangan terlalu mendongak kerana ia nampak janggal.

Pastikan ketika bergaya, anda tolak tubuh ke hadapan sehingga merasa lengkungan terbentuk pada belakang tubuh. Namun hati-hati buat pemilik tubuh berisi kerana gaya begini cenderung menampakkan anda seperti buncit. Anda juga tidak digalakkan untuk memandang terus kepada kamera. Berikan side wajah pada kamera (tidak terlalu banyak) supaya muka tidak kelihatan besar.



Tips Drp pesonapengantin
Petua Seharian petuaseharian@blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...