Sekecil manapun kenderaan yang dimiliki, ia memerlukan penjagaan rapi. Biar apapun kegunaannya, jangan sekali-kali membiarkan kenderaan anda.
Umpamanya basaikal, miskipun digunakan sekali-sekala, ia perlu dipelihara sebaiknya.
- Rantai basikal perlu selalu diminyak. Tidak perlu menggunakan minyak yang mahal-mahal, jenis RP7, WD4D, atau pun minyak mesin jahit sudah memadai.
Ini penting untuk pelinciran terutama di bahagian mekanikal supaya ia bergerak mudah.
- Semua kabel basikal sebaiknya direndam didalam minyak hitam. Caranya, tanggalkan kabel dan rendam semalaman, jemur sehari supaya minyak titis dan pasangkan kembali. Ia penting sebagai pelincir kabel.
- Gunakan spanar atau peralatan sesuai dengan ukuran betul untuk membuka atau mengetatkan bolt dan nat bagi mengelakkan ia cepat rosak
- Pastikan basikal anda sentiasa dibersihkan selepas digunakan terutama di bahagian brek untuk mengelakkannya daripada berbunyi dan kurang cengkaman.
- Periksa tekanan angin tayar bagi memastikan keselamatan terjamin. Bagaimanapun tekanan bergantung kepada jenis tayar. Periksa had tekanan pada tayar anda sebelum mengisi angin.
- Tayar yang botak akan menyebabkan penunggang tergelincir apabila melalui jalan basah kerana kurang cengkaman.
- Pastiakan pelana duduk selaras dengan pemegang 'Handle' dan ketinggian penunggang supaya anda tidak mengalami masalah sakit pinggang ketika menunggang.
Pelana yang terlalu tinggi akan menyebabkan penunggang terhumban ke hadapan jika anda berhenti mengejut.
By: petuaseharian.blogspot.com